Liga Super 2017 | Perak vs Selangor (result)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 4 Mac 2017
Stadium Selayang,
9.00 Malam

Selangor 0 - 1 Perak

Zaquan Adha – penalti (m 66)

Kemenangan sulung buat Mehmet Durakovic sejak mengendali pasukan Perak dan pasti ianya lebih manis apabila pasukan bimbingannya berjaya menewaskan bekas pasukan yang pernah dipimpin beliau pada tahun 2015.

Kemenangan ke atas pasukan The Red Giant, meletakkan Perak di kedudukan yang ke-4 dalam carta liga sebaik perlawanan ke-8 tamat dengan mengumpul 14 mata. Manakala pasukan Selangor pula jatuh tangga yang ke-5 dengan hanya mampu mengumpul 12 mata.

Sepanjang separuh masa yang pertama, pasukan Perak tampak menguasai permainan sehingga mencetus kegusaran terhadap skuad Selangor. Dua percubaan merbahaya yang tepat oleh Faton dan Pinto hampir-hampir membuka tirai jaringan namun di atas ketangkasan penjaga gol Selangor ianya dinafikan.

Pertahanan pasukan Perak begitu berdisiplin pada perlawanan kali ini berbanding ketika bertemu Kelantan tempohari di Ipoh. Dalam pada masa yang sama Selangor juga hampir memperoleh gol apabila Juliano Mineiro yang hanya berhadapan penjaga gol pasukan Perak namun percubaan tersebut berjaya dipatahkan.

Di separuh masa kedua perubahan corak taktikal yang dilaksanakan oleh anak didik P. Maniam berjaya menemui rentak dan kerap kali mengasak ke kubu pasukan Perak di mana hantaran silang yang melencong melalui Raimi Mohd Nor berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol pasukan Perak.

Dalam keghairahan pasukan Selangor melakukan serangan bertubi-tubi, pasukan Perak dianugerahkan sepakan penalti apabila pertahanan import Selangor Ugo Ukah diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua akibat memegang bola dalam kotak penalti. Spakan penalti mudah disempurnakan penyerang kebangsaan Zaquan Adha untuk gol tunggal pada minit ke-66.

Pasukan Perak gagal menggunakan peluang untuk menambah jaringan walaupun pasukan Selangor beraksi dengan 10 pemain. Jelas barisan pemain Perak sudah mula keletihan dan tidak mampu mengawal permainan dengan baik dipenghujung babak kedua.

Barisan Pemain yang diturunkan:

GK Hafizul Hakim
DF Shahrom Kalam
DF Thiago Junior
DF Jaszarin Jamaludin
DF Nazirul Naim
MF Yashir Pinto
MF Zaquan Adha / Hafis Ramdhan
MF Shahrul Mohd Saad / Kenny Pallraj
MF Faton Toski / Nasir Basharuddin
MF Hafis Kamal
ST Vladislav Mirchev 

Likes(6)Dislikes(0)

Leave a Reply