Liga Super 2017 | Perak vs Kelantan (result)

Rabu, 01 Mac 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perak 2 – 4 Kelantan

Perak memulakan perlawanan dengan permainan yang agak baik. Sekali gus mencetuskan impresi positif untuk perlawanan pada malam ini. Zaquan Adha hampir meledakkan gol seawal minit ke pertama, bola hanya menuju ke ‘side netting’ pintu gol Kelantan. 25 Minit pertama, Perak mendominasi zon tengah padang hasil gandingan Hafiz Kamal dan Nasir Basharuddin. Hasilnya, minit ke 18, Mirchiev berjaya melakukan ‘free header’ menewaskan penjaga Kelantan selepas Zaquan Adha berjaya melepasi dua halangan pemain Kelantan dan melakukan ‘cross’ menarik.

30 Minit pertama yang baik untuk Perak dan agak perit untuk Kelantan untuk mengekang asakan Perak yang menerpa dari segenap sudut kiri dan kanan. Namun begitu, selepas 30 minit, Kelantan dilihat semakin mendapat rentak dan berjaya merampas dominasi permainan terutama melalui gerakan Indra Putra dan Badri Radzidi bahagian tengah. Hasilnya, Mohd Ghaddar menghukum kealpaan barisan Perak selepas memperdaya pertahanan Perak untuk gol penyamaan di minit ke 38.

Selepas itu, permainan dilihat semakin perlahan sehingga wisel separuh masa ditiupkan. Babak kedua, seperti dijangka, Kelantan sudah mengesan beberapa kelemahan Perak. Mereka mengenakan tekanan maksimum ke atas jentera tengah Perak terutama Hafiz Kamal. Kegagalan gandingan Hafiz Kamal dan Nasir Basharuddin memenangi bola di kawasan tengah memberi petanda sesuatu yang buruk bakal menimpa. Banyak hantaran Hafiz Kamal tersasar dan dihukum dengan ‘counter attack’ pantas oleh Kelantan. Perkara ini semakin lama semakin parah apabila barisan tengah lambat memberi sokongan ketika diserang. Benar, banyak peluang terhidang gagal disudahkan barisan hadapan Perak, tetapi dalam keghairahan mencari jaringan itulah dimanfaatkan Kelantan untuk mencari gol mereka.

Ketepatan dan kualiti hantaran pemain tengah Kelantan serta kepantasan Mohd Ghaddar seolah-olah tidak dapat dihalang. Beberapa kali beliau berjaya meloloskan diri dan hanya berdepan dengan Penjaga Gol Perak. Mujur, Penjaga gol Perak berjaya mengekang percubaan-percubaan merbahaya berkenaan. Jaringan Hatrik Mohd Ghaddar cukup menceritakan betapa rapuh sistem pertahanan Perak pada malam ini yang hanya semata-mata mengharapkan ‘back 4′ketika melepaskan gol.

Namun begitu, perlawanan malam ini akan menjadi ‘TAJUK UTAMA ASSIGNMENT’ Mehmet Durakovic untuk mencari penyelesaiannya. Kerapuhan sistem pertahanan Perak tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada ‘back 4′ semata-mata. Ianya perlu diperkemaskan secara keseluruhannya. Terlalu obses menyerang mendedahkan sistem pertahanan terdedah kepada ancaman. Reaksi yang kurang pantas ketika diserang balas dimanfaatkan Kelantan sebaiknya untuk jaringan besar pada malam ini.

Secara keseluruhannya, menguasai bola dalam perlawanan bukanlah lesen untuk memenangi perlawanan. Tetapi, memanipulasi kelemahan musuh ketika bertarung adalah kunci utama untuk kemenangan. Perak perlu sedar bahawa Kelantan cukup selesa di babak kedua apabila kelemahan Perak tidak diperbaiki sehinggalah wisel penamat. Sepatutnya, Barisan tengah perlu lebih agresif terutama ketika bertahan, kelompongan di zon 14(hadapan kotak penalti) itulah menghadirkan ancaman yang cukup merbahaya.

Likes(7)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2017 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2017 | Perak vs Kelantan (result)

Leave a Reply