Liga Super 2017 | Perak vs Kelantan (preview)


Rabu, 1 Mac 2017
Stadium Perak,Ipoh
9.00 Malam

Perlawanan ke-7 untuk pasukan Perak dalam saingan Liga Super 2017 adalah bertemu Kelantan di Stadium Perak. Manakala bagi pasukan Kelantan ini adalah perlawanan yang ke 6 buat mereka.

Mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super di stadium Perak pada tahun 2015 di bawah kendalian Dato M. Karuthu dan 2016 pula di bawah Shamsul Saad, kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan.

Musim ini mampukah pasukan Perak yang dikendalikan oleh Mehmet Durakovic mencipta rekod kemenangan?. Pasukan Perak perlu mengutip 3 mata penuh bagi mengelak lebih jauh mata berbanding pendahulu carta liga.

Dikhabarkan perlawanan kali ini, Faton Toski sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali ketika bertemu JDT tempoh hari, manakala Shahrom Kalam juga sudah boleh beraksi setelah digantung 1 perlawanan.

Sudah pastinya Mehmet mampu menurunkan kesebelasan utama yang terbaik bagi memastikan kemenangan yang pertama dalam kariernya di Perak. Barisan pemain Perak perlu bijak untuk mengambil peluang ke atas kelemahan pertahanan pasukan Kelantan yang sekadar mampu meraih 6 mata dan berkududukan di tangga yang ke 10.

Barisan pertahanan pasukan Perak juga perlu peka supaya kejadian bolos 2 gol dalam waktu yang singkat ketika bertemu pasukan Felda tempohari tidak berulang.

Barisan Pilihan Penulis:

GK KHAIRUL AMRI
DF ARIF ISMAIL
DF IDRIS AHMAD
DF THIAGO JUNIOR
DF JASZARIN JAMALUDDIN
MF FATON TOSKI
MF HAFIS KAMAL
MF AHMAD KHAIRIL ANUAR
MF YASHIR PINTO
ST NIZAD AYUB
ST ZAQUAN ADHA

NOTA : Siaran Langsung Di TV3

Likes(4)Dislikes(0)