Piala FA 2017 | Perak VS PBMS FC (Result)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Rabu, 15 Feb 2017
9.00 Malam
Stadium Perak Ipoh

PERAK 3 – 0 PBMS FC

Skuad Perak The Bos Gaurus menepati ramalan untuk melangkah ke pusingan seterusnya apabila menundukkan pasukan pelawat dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Ketiga-tiga gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh pemain import.

Mirchev berjaya meledak gol di minit yang ke 14, hasil lorongan yang kemas dari pemain tengah iaitu Hafis Kamal. Gerakan yang menarik serta hantaran yang tepat, pasukan Perak berjaya mempersembahkan corak permainan yang menarik pada perlawanan kali ini.

Pasukan pelawat jelas belum bersedia untuk beraksi dalam saingan yang lebih tinggi dan kerap kali melakukan kesilapan sehingga gawang gol mereka dirobek buat kali kedua di minit ke 26, kali ini jaringan dihasilkan pula oleh Faton Toski, berpunca dari hantaran pendek Mirchev di dalam kawasan kotak penalti.

Setelah berkelebihan dua gol, pasukan Perak kembali memperlahankan corak permainan mereka, namun begitu posisi tengah pasukan Perak lebih banyak menguasai perlawanan berbanding pasukan pelawat, gandingan Faton Toski, Hafis Kamal, Zaquan Adha dan Nazrin Nawi begitu meyakinkan, malah mereka kerap kali melakukan pertukaran posisi sepanjang perlawanan di separuh masa yang pertama sehingga menyukarkan pihak lawan untuk mengawal gerakan mereka.

Namun sayang, beberapa percubaan yang dilakukan oleh pasukan Perak ke arah gawang gol lawan tersasar dan ini membuatkan ketua jurulatih pasukan Karl Heinz Weigang keresahan.

Sebaik babak kedua bermula, Perak melakukan pertukaran yang pertama, di mana Amirul Azahan dikeluarkan dengan memasukkan pemain baharu mereka Ibrahim Aziz. Faton Toski sekali lagi mengganas dengan meledakkan gol kedua peribadi beliau dan gol yang ke 3 untuk pasukan di minit yang ke 49.

Kredit harus diberikan kepada ketua pasukan Perak iaitu Thiago Junior, yang bijak melakukan hantaran jauh ke arah Faton Toski yang sudah tidak dikawal oleh barisan pertahanan pasukan pelawat.

Di minit yang ke 72, Hafis Ramdan menjadi pemain Perak yang pertama dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain pertahanan PBMS di dalam kawasan kotak penalti mereka. Bagi menyegarkan kembali corak permainan pasukan, Perak mengeluarkan Hafis Ramdan dan memasukkan Nizad Ayub, manakala Hafis Kamal yang juga perancang utama pasukan turut dikeluarkan dan memasukkan pemain gantian yang ketiga seorang pemain pertahanan Wan Mohd Syukri.

Keseluruhan corak permainan pasukan Perak masih lagi belum mampu untuk diperkatakan. Adakah ianya berada di tahap yang terbaik atau sebaliknya, kerana pasukan pelawat tidak mampu untuk memberi tentangan dan kawalan yang hebat.

Barisan Pemain yang diturunkan:

KHAIRUL AMRI
THIAGO JUNIOR (K)
IDRIS AHMAD
JASZARIN JAMALUDIN
AMIRUL AZAHAN / IBRAHIM AZIZ
HAFIS KAMAL / WAN MOHD SYUKRI
HAFIS RAMDHAN / NIZAD AYUB
NAZRIN NAWI
ZAQUAN ADHA
FATON TOSKI
VLADISLAV MITKOV MIRCHEV

NOTA: PERLAWANAN TANPA PENONTON

Likes(3)Dislikes(0)

Leave a Reply