Piala FA 2017 | Perak VS PBMS FC (Preview)

logo piala fa 2017

Rabu, 15 Feb 2017
9.00 Malam
Stadium Perak,Ipoh

Saingan Piala FA 2017 pusingan Kedua untuk pasukan Perak TBG akan berhadapan dengan sebuah pasukan yang berstatus kelab, dari Selangor iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor FC.

Dalam pusingan pertama Pasukan Perak diberi laluan terus ke pusingan kedua, manakala bagi pasukan PBMS FC terpaksa berhadapan dengan pasukan SAMB FC dari Melaka, di mana pasukan PBMS FC berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 1 gol tanpa balas.

Walaupun di atas kertas pasukan Perak menjadi pilihan untuk meneruskan perjuangan ke pusingan yang ketiga, tidak bermakna pasukan PBMS mudah untuk ditewaskan walaupun pasukan mereka tidak memiliki pemain yang bertaraf bintang. Namun mereka masih memiliki beberapa pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Super sebelum ini antaranya Solihin (K.Soley) bekas pemain Kedah.

Bagi menjernihkan semula suasana di kem Perak, barisan pemain perlu beraksi dengan sebaik yang mungkin bagi mengelakkan tersingkir dalam pusingan kedua. Jangan memandang rendah dengan keupayaan pasukan pelawat kerana ianya akan membawa padah. Pemain pasukan Perak perlu bergerak dengan lebih pantas dan melakukan gerakan serta hantaran yang kemas dan tepat.

Barisan pilihan penulis:

GK Khairul Amri
CB Shahrul Mohd Saad
CB Arif Ismail
RB Amirul Azahan
LB Nazirul Naim
CDM Jaszarin Jamaluddin
CAM Hafis Kamal
RM Ridzuan Azly
LM Nazrin Nawi
ST Zaquan Adha
ST Yashir Pinto.

Nota: PERLAWANAN TANPA PENONTON

Likes(3)Dislikes(0)