Liga Super 2017 | PKNS F.C. vs Perak (Result)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 11 Feb 2017
4.45 Petang
Stadium Shah Alam

PKNS FC 3 – 0 PERAK

Kegagalan pasukan Perak TBG meneruskan rentak kemenangan dan mempersembahkan mutu permainan yang berkualiti, membuatkan penyokong penyokong pasukan Perak bertambah berang.

PKNS vs PERAK

PKNS FC yang dikenali sebagai gelaran Semut Merah, berjaya melaksanakan tugasan dengan berkesan apabila meledak 3 gol tanpa mampu untuk dibalas dengan sebarang jaringan. Walaupun pasukan Perak menguasai keseluruhan permainan, namun ianya masih belum cukup untuk penyerang pasukan Perak menjaringkan gol.

Minit akhir separuh masa yang pertama iaitu di minit ke 45, PKNS FC berjaya memiliki sepakan percuma atas kekasaran yang telah dilakukan oleh pemain tengah pasukan Perak, Kenny Pallraj, jaringan yang mudah dilaksanakan oleh Lucas Espindola.

Sebaik bermula separuh masa kedua Karl Heinz Weigang melakukan dua pertukaran serentak dengan memasukkan Zaquan Adha dan Nazrin Nawi bagi menghidupkan kepantasan dan hantaran yang tepat dari kedua dua sayap pasukan.

Namun begitu ketumpulan bahagian serangan yang diketuai oleh Mircev membuatkan segala usaha gerakan yang dilakukan masih diselubungi kekecewaan, Lucas sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan melakukan gerakan solo dan mudah memperdayakan barisan pertahanan dan penjaga gol di minit ke 48.

Tekanan demi tekanan yang diberikan oleh pasukan PKNS FC, pasukan Perak mula mengembalikan gerakan balas melalui pemain sayap kanan Zaquan Adha dengan melakukan lorongan menarik di hadapan gawang gol PKNS, tetapi gagal untuk disudahkan dengan baik oleh Mirchev di mana Zamir penjaga gol PKNS telah pun tertewas.

Dalam keadaan corak permainan yang begitu hambar, Nazrin Nawi kembali melakukan gerakan dan berjaya menyelusup masuk ke dalam kawasan gol PKNS namun pemain pertahanan PKNS terpaksa membentes beliau, Mirchev sekali lagi mengecewakan seluruh penonton yang hadir apabila gagal menyudahkan sepak penalti. Nizad Ayub menjadi pemain gantian ketiga menggantikan Mirchev bagi memastikan ketajaman di bahagian serangan.

PKNS mula mengendurkan corak serangan mereka dan banyak berkumpul di kawasan sendiri setelah mendahului dua gol. Pasukan Perak kerap kali melakukan serangan balas melalui pemain sayap mereka. Penyerang pasukan Perak masih lagi gagal menggunakan ruang dan peluang untuk menjaringkan gol. Gerakan dari posisi tengah yang diketuai oleh ketua pasukan Nasir Basharuddin, seringkali melakukan hantaran yang kurang tepat ke arah pemain sayap mahupun penyerang, malah posisi tengah pasukan seperti tiada idea bagaimana untuk merencanakan gerakan yang berkesan.

Safie Salee berjaya mencipta nama sebagai penjaring di minit ke 84 hasil kealpaan barisan pertahanan pasukan. Beliau yang menerima umpanan dari pemain sayap kanan, dengan mudah memperdayakan penjaga gol pasukan Perak.

Akibat ketinggalan 3 gol tanpa balas, pasukan Perak terus mengekalkan corak permainan yang hambar dan melakukan hantaran yang tidak tepat sepanjang baki 10 minit termasuk masa tambahan.

4 perlawanan saingan Liga Super yang dihadapi dengan menurunkan hampir keseluruhan pemain yang sama namun tiada sebarang peningkatan yang dipamerkan.

Likes(2)Dislikes(1)

2 thoughts on “Liga Super 2017 | PKNS F.C. vs Perak (Result)

Leave a Reply