Liga Super 2017 | PKNS F.C. vs Perak (Preview)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 11 Feb 2017
4.45 petang
Stadium Shah Alam

Saingan sebenar baru bermula buat anak didik Karl Heinz Weigang, pertemuan yang sengit pasti akan diteruskan oleh pasukan PKNS malah Perak The Bos Gaurus sudah pasti ingin meneruskan misi mengutip 3 mata penuh demi memastikan kekal berada dalam kelompok 3 pasukan terbaik dalam saingan Liga Super 2017.

Namun begitu ketajaman di bahagian serangan lebih memihak kepada pasukan PKNS yang diberi jolokan nama Semut Merah. Memiliki dua penyerang tulen yang diketuai oleh Safee Sali dan Patrick Rolnandinho, keserasian barisan kesebelasan utama mereka juga semakin baik. Perlawanan terakhir buat pasukan Semut Merah berakhir dengan kejayaan meledak 5 gol dengan menewaskan pasukan Selangor, di mana corak permainan mereka begitu tersusun dan meyakinkan di setiap posisi.

Berlainan pula dalam pasukan Perak, walaupun mampu untuk menjaringkan 5 gol dalam 3 perlawanan tetapi hanya 1 gol dijaringkan oleh penyerang mereka yang diketuai oleh Vladislav Mitkov Mirchev. Malah corak permainan dan keserasian pemain-pemain semakin menurun. Malah sepanjang 270 minit permainan yang telah dilalui, pasukan Perak gemar beraksi secara sambil lewa.

Perubahan posisi pemain perlu diubah semula, dan barisan pemain perlu diganti bagi memastikan ‘pernafasan’ yang baru terus berada dalam pasukan Perak.

Barisan pilihan penulis:

GK Mohd Hafizul Hakim
CB Thiago Junior
CB Idris Ahmad
RB Amirul Azahan
LB Nazirul Naim
CM Shahrul Mohd Saad
CM Hafis Kamal
RM Ridzuan Azly
LM Yashir Pinto
ST Zaquan Adha
ST Mirchev.

Likes(4)Dislikes(0)