Liga Super 2017 | Perak vs Melaka United (Result)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 4 Feb 2017
9.00 Malam
Stadium Perak.

Perak 3 – 2 Melaka United

Setelah tamat perlawanan ke 3 Liga Super, Perak The Bos Gaurus kini berada di ranking ke-2 dengan mengumpul 7 mata berkongsi mata dengan pendahulu Liga Super, Pahang. Jaringan hadir di minit ke 30 hasil sepakan percuma dari Nazrin Nawi dapat disudahkan oleh Thiago Junior dengan menanduk ke arah gawang gol pasukan Melaka United.

Namun di atas kealpaan kesebelasan barisan pemain pasukan Perak The Bos Gaurus yang gagal melakukan hantaran hantaran tepat kepada rakan sepasukan dan kelekaan seketika barisan pemain pertahanan, Jeon Woo Young pemain import Melaka berjaya menghukum pasukan tuan rumah di minit 44.

Di minit yang terakhir separuh masa pertama pasukan Perak The Bos Gaurus mensia-siakan peluang untuk kembali di depan akibat sepakan lemah dan tepat ke arah penjaga gol Melaka United oleh Zaquan Adha.

Sebaik bermula separuh masa kedua Karl Heinz Weigang melakukan 2 pertukaran sekali gus memasukkan Kenny Pallraj dan Amirul Azahan di mana Nazrin Nawi dan Faton Toski dikeluarkan. Corak permainan di separuh masa kedua ada sedikit peningkatan, namun begitu barisan pemain masih lagi gagal melakukan larian dan hantaran yang baik, malah kerap kali berada dalam kedudukan posisi yang salah.

Zaquan menjadi pemain ketiga dikeluarkan dan memasukkan Ridzuan Azly sebaik perlawanan di separuh masa kedua sudah berlalu 15 minit.

Corak permainan kembali dengan serangan yang agak suram, Yashir Pinto bekas pemain import Melaka United 2016, berjaya mencipta nama sebagai penjaring di minit ke 64. Tersentap dengan jaringan tersebut Melaka United kembali melakukan gerakan menarik sehingga beberapa kali berjaya memasuki kawasan kotak penalti pasukan Perak The Bos Gaurus. Hasilnya pada minit ke 79 gol tercipta berpunca dari sepakan penjuru yang ditanduk oleh pemain gantian Melaka United, Izzaq Faris Ramlan.

Di minit akhir perlawanan Amirul Azahan terpaksa menerima layangan kad kuning akibat menarik baju pemain lawan demi memastikan gawang gol pasukan tidak dibolosi. Ketika permainan semakin tamat, Mirchev berjaya menjadi wira di minit yang ke 92, bermula dengan hantaran silang rakan sepasukan dan beliau berjaya melakukan rembatan rendah menewaskan penjaga gol Melaka United buat kali ketiga.

Dalam keseronokkan meraikan kejayaan yang kedua ini, penonton yang membanjiri Dataran Bandaraya Ipoh, tidak berpuas hati dengan mutu permainan yang dipersembahkan. Prestasi pasukan semakin menurun, corak permainan yang semakin hambar dan hantaran semakin tiada kualiti.

Likes(5)Dislikes(0)

2 thoughts on “Liga Super 2017 | Perak vs Melaka United (Result)

Leave a Reply