Liga Super 2017 | Perak vs Melaka United (preview)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 4 Februari 2017
9.00 malam
Stadium Perak, Ipoh

Melaka United kembali ke kancah Liga Super setelah terjunam ke Liga Perdana dan Liga Fam dengan begitu lama sekali. Musim baharu Melaka United kali ini jauh sekali berbeza dengan dibarisi pemain yang berpengalaman dan bertenaga.

Mengikut rekod bermula tahun 2001 sehingga 2007 diantara skuad Perak The Bos Gaurus dan Melaka United dalam saingan kancah Liga Super, dari 9 pertemuan Perak The Bos Gaurus berjaya menewaskan Melaka United sebanyak 8 perlawanan dan tewas 1 perlawanan.

Rekod Jaringan terbesar pasukan Perak The Bos Gaurus telah tercipta dengan membolosi gawang gol Melaka United 9 gol tanpa berbalas iaitu pada tahun 2007 di Stadium Hang Jebat Melaka, hasil jaringan Khalid Jamlus dan R.Surendran.

Persoalannya, mampukah kejayaan Perak The Bos Gaurus berulang kembali?. Mengikut rekod pertemuan di Stadium Perak menentang Pasukan Melaka United, pasukan Perak The Bos Gaurus belum pernah tewas, malah kenduri gol juga tercipta dengan jaringan 6 gol berbalas 1. Sejarah tetap sejarah tetapi sejarah yang lampau harus dijadikan kekuatan kepada barisan pemain yang ada pada hari ini.

Perlawanan kali ini agak berbeza, di mana kedua-dua pasukan terpaksa memperagakan aksi tanpa kelibat penonton dan ahli keluarga masing masing. Pengantungan tanpa penonton pasti akan melemahkan sedikit semangat para pemain.

Likes(5)Dislikes(0)

Leave a Reply