Liga Super 2017 | Perak vs JDT (preview)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 18 Feb 2017
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Pasukan Perak akan menerima kunjungan pasukan Johor Darul Takzim untuk saingan Liga Super. Pasukan Perak yang kini menghuni tangga ke 3 dengan mengumpul 7 mata selepas mengharungi 4 perlawanan, manakala bagi pasukan JDT berada dalam kedudukan yang ke 7 dengan mengumpul 5 mata.

Musim ini pasukan JDT agak tertekan sedikit di atas kelemahan di barisan penyerang mereka di mana selepas 4 perlawanan pasukan mereka hanya mampu menjaringkan 4 gol, manakala di barisan pertahanan mereka telah pun dibolosi sebanyak 2 gol.

Mengikut kiraan di atas kertas pasukan mereka mampu bertahan dengan baik dan menyukarkan barisan serangan pasukan lawan untuk menembusi gawang gol mereka. Namun begitu, pasukan JDT memiliki 30 pemain yang berkualiti tinggi dan pasukan mereka mampu memperagakan corak permainan yang agresif serta memiliki keupayaan melaksanakan hantaran hantaran yang tepat dan pantas.

Berlainan pula cerita dalam kem pasukan Perak TBG, walaupun mereka mampu menjaringkan 5 gol, tetapi hanya 1 gol mampu dijaringkan oleh penyerang pasukan selebihnya dijaringkan oleh pemain pertahanan. Bahagian pertahanan dan gawang gol pasukan Perak agak rapuh berbanding pasukan JDT yang telahpun dibolosi sebanyak 6 gol.

Walaupun pasukan Perak memiliki 29 pemain yang didaftarkan, pasti ianya memeningkan kepala ketua jurulatih pasukan Perak, Karl Heinz Weigang untuk meletakkan kesebelasan utama dalam perlawanan kali ini.

Penyokong pasukan Perak TBG menuntut mutu persembahan yang berkualiti dan mengharapkan 3 mata penuh dapat dimiliki, bagi menebus kekecewaan di Shah Alam tempoh hari. Bagi mengelak dari terus tersungkur, barisan pemain yang bakal menggalas tugas penting ini, mereka perlu membuktikan kepada semua bahawa mereka bukan penumpang di dalam pasukan malah mereka adalah penyumbang yang bermakna.

Kesebelasan Utama pilihan penulis

GK KHAIRUL AMRI
DF SHAHRUL SAAD
DF THIAGO JUNIOR
DF IDRIS AHMAD
DF NAZIRUL NAIM
MF HAFIS KAMAL
MF JASZARIN JAMALUDIN
MF YASHIR PINTO
MF AHMAD KHAIRIL ANUAR
ST ZAQUAN ADHA
ST FATON TOSKI

Likes(2)Dislikes(0)