Liga Super 2017 | Felda United vs Perak (Result)

Sabtu, 25 Feb 2017
Stadium Tun Abdul Razak,Jengka.
9.00 Malam.

Felda United 2 – 2 Perak TBG

Hafis Kamal ( m 12)
Zaquan Adha (m 51)
Norshahrul Idlan  (m 67)
Lucas (m 69)

Permulaan yang agak menyuramkan buat Mehmet Durakovic sebagai pengendali baharu skuad The Bos Gaurus. Kegagalan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super membuatkan pasukan Perak terpaksa berpuas hati di kedudukan yang ke-4 dalam carta selepas 6 perlawanan dengan hanya mengumpul 11 mata.

Akibat beraksi di padang tiruan, jelas rentak dan corak permainan pasukan Perak dilihat beraksi dengan agak perlahan dan tidak tersusun malah jentera tengah pasukan Perak gagal melakukan gerakan yang baik dan bahagian serangan. Namun begitu di kinit ke-12, Hafis Kamal mencipta gol yang pertama hasil sepakan percuma yang mudah memperdayakan penjaga gol Felda, Mohd Farizal Harun. Gol tersebut berjaya menaikkan semangat  penyokong setia The Bos Gaurus yang menyaksikan perlawanan tersebut di Jengka.

Selepas jaringan itu kedua-dua pasukan kerap melakukan serangan serangan yang menghiburkan, terutama barisan pemain Felda yang acap kali melakukan cubaan-cubaan yang tepat ke arah gawang gol. Jelas barisan pertahanan pasukan Perak sering terlena namun di atas kecekapan penjaga gol pasukan Perak, beliau berjaya menepis dan mematahkan beberapa percubaan merbahaya yang dilakukan oleh penyerang pasukan Felda.

Minit ke 51, Zaquan Adha yang tidak dikawal berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukan Perak hasil  hantaran silang Nasir Basharuddin. Jelas selepas mendahului 2 gol, barisan pemain kembali beraksi dalam keadaan yang longlai, malah barisan pertahanan sekali lagi kerap terleka. Hasilnya di minit ke 67 Norshahrul Idlan Talaha berjaya meledak gol pertama hasil hantaran silang dari pemain sayap kanan.

Tidak sampai 2 minit selepas jaringan gol Felda yang pertama, hasil gerakan menarik di antara Mohd Alif dan Syukor Adan berjaya memperdayakan barisan pertahanan pasukan Perak di mana dari arah yang sama hantaran silang tinggi berjaya di tanduk kemas oleh Lucas Cano pada minit ke 69. Zaquan Adha dikeluarkan bagi memasukkan Hadi Yahya bertujuan menyegarkan bahagian serangan, namun ianya masih lagi belum cukup untuk merobek barisan pertahanan pasukan Felda yang beraksi dengan penuh displin.

Kesebelasan Utama:

Hafizul Hakim (GK)
Thiago Junior.
Shahrul Saad
Amirul Azahan
Nazirul Naim
Nazrin Nawi
Zaquan AdhaHadi Yahya
Hafis Kamal
Nasir Basharuddin(K)
Yashir Pinto
Vladislav Mirchev.

 

Likes(2)Dislikes(0)