Liga Super 2017 | Felda United vs Perak (Preview)

Liga Super 2017

Sabtu, 25 Feb 2017
9.00 Malam
Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Perlawanan kali ni menjadi tumpuan, di mana kedua dua pasukan memiliki ketua jurulatih yang baharu. Di kem pasukan Felda akan dikendalikan oleh B. Sathianathan manakala di kem pasukan Perak oleh Mehmet Durakovic.

Felda United, yang kini ibarat harimau yang sedang terluka akibat ditewaskan pasukan lawan berturut-turut baik dalam saingan Liga Super mahupun dalam saingan Piala AFC baru baru ini. Pastinya B. Sathianathan telah merencanakan sesuatu bagi mengembalikan semangat para pemain. Setelah tamat perlawanan yang ke 5, Felda hanya mampu menempah kedudukan di tangga kedua terbawah dengan hanya berjaya mengutip 4 mata.

Walaupun begitu, ianya bukanlah tugas yang mudah untuk anak didik Mehmet berhadapan dengan pasukan Felda United walaupun pasukan Perak kini berada di 3 tangga teratas dengan mengumpul 10 mata. Di atas padang sepanjang 90 minit, perbagai perkara mampu terjadi dan barisan pemain yang bakal diturunkan perlu cepat menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan oleh Mehmet.

Persoalannya kini, mampukah corak permainan pasukan Perak lebih meningkat dan konsisten untuk memenangi perlawanan kali ini? Difahamkan juga penyokong setia skuad The Bos Gaurus akan menemani pasukan kesayangan mereka di Jengka esok dengan kira-kira 6 buah bas bakal menyusul.

Barisan Pemain Pilihan Penulis

GK SYAZANI MAT PUAT
DF IDRIS AHMAD
DF THIAGO JUNIOR
DF NAZIRUL NAIM
DF AMIRUL AZAHAN
MF HAFIS KAMAL
MF JASZARIN JAMALUDIN
MF NAZRIN NAWI
MF YASHIR PINTO
ST FATON TOSKI
ST ZAQUAN ADHA

Likes(2)Dislikes(0)

2 thoughts on “Liga Super 2017 | Felda United vs Perak (Preview)

Comments are closed.