Liga Super 2017 | Pulau Pinang vs Perak (Result)


Jumaat, 27 Januari 2017
9.00 malam
Stadium Batu Kawan.
Pulau Pinang.

Pulau Pinang 0 - 1 Perak

Stadium Batu Kawan sekali lagi menjadi saksi skuad Perak The Bos Gaurus berjaya mengutip 3 mata berharga ke atas skuad Pulau Mutiara. Hantaran silang dari pemain sayap kanan Zaquan Adha tepat di kaki Shahrul Mohd Saad memudahkan untuk beliau terus melakukan rembatan deras ke arah gawang skuad Pulau Mutiara lalu menewaskan Syed Adney di minit 77.

Dalam keseronokkan skuad Perak The Bos Gaurus meraikan kemenangan sulung, ketumpulan jentera serangan pasukan Perak The Bos Gaurus beraksi dengan begitu hambar dan membuatkan corak serangan pasukan menjadi sedikit lemah. Pemain Import yang baru dibeli iaitu Mirchev masih lagi belum mampu memperagakan aksi yang meyakinkan.

Gawang gol pasukan Perak The Bos Gaurus hampir bocor di akhir perlawanan setelah pemenang Puskas 2016 Faiz Subri sekali lagi melakukan gaya sepakan yang sama seperti sebelum ini, namun palang gol pasukan Perak The Bos Gaurus menjadi penyelamat.

Dua perlawanan saingan Liga Super 2017, satu kemenangan satu seri dan satu jaringan untuk setiap perlawanan, tetapi jaringan hanya mampu diterjemahkan oleh pemain pertahanan.

Likes(4)Dislikes(0)

One thought on “Liga Super 2017 | Pulau Pinang vs Perak (Result)

Leave a Reply