Liga Super 2017 | Pulau Pinang vs Perak (preview)

Jumaat, 27 Januari 2017
9.00 malam
Stadium Batu Kawan
Pulau Pinang

Perlawanan yang kedua dalam saingan Liga Super 2017,dimana kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga super 2016 di Stadium Ipoh dengan berkesudahan Perak berjaya menewaskan skuad Pulau Mutiara itu dengan jaringan 4 – 1.

Mengikut prestasi pada perlawanan pembukaan minggu lepas,kedua dua pasukan ini masih lagi tercari cari rentak dan prestasi yang sebenar. Seperti yang diperkatakan oleh ketua jurulatih pasukan Perak The Bos Gaurus, Karl Heinz Weigang kepada media sebelum ini prestasi pemain pemain masih lagi belum bagus.

Namun begitu itu bukanlah alasan kerana pasukan Perak The Bos Gaurus perlu meneruskan perjuangan dari peringkat awal saingan supaya tidak ketinggalan jauh dengan pasukan teratas. Corak permainan perlu diubah,gaya hantaran pemain perlu diperkemas dan corak serangan perlu lebih pantas bagi memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Sudah pastinya tekanan hebat dirasai oleh barisan skuad Pulau Mutiara itu dimana mereka tewas ditangan skuad Selangor 2 – 0 hasil kesilapan penjaga gol baru mereka Syed Adney. Manakala Pasukan Perak pada perlawanan terakhir sekadar seri 1-1 hasil jaringan pemain pertahanan Thiago Junior Aquino hasil sepakan penjuru Zaquan Adha.

Likes(5)Dislikes(0)

3 thoughts on “Liga Super 2017 | Pulau Pinang vs Perak (preview)

  1. belanak

    Salam 1 Malaysia sahabat SDN....

    Setelah sekian lama menyepi...
    Kini kembali..

    Harapan semua peminat satu... xnak bau hancing lagi!!
    Skrip game tu bior lah mantap untuk musim ni...

    Ni yg part best.... dah lama x dengor...
    Apa yg penting... KERJASAMA..
    Apa yg penting... KERJASAMA..

    Salam persahabatan buat semua sahabat SDN.

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Alhamdulillah, akhirnya Perak berjaya juga mendapat 3 mata penuh. Kalau diperatikan, dlm kedua2 game permulaan ini iaitu Perak bertemu Pahang dan Penang, kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain pertahanan - Thiago dan Sharul Saad. Kenapa Weigang tak trai letakkan kedua-dua pemain itu (atau salah seorang) bermain di bahagian hadapan sebab striker yg ada begitu tumpul.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.