Kelebihan Dalam Kehambaran Permulaan | Perak FA

“If You Can’t Fly, Then Run,
If You Can’t Run, Then Walk,
If You Can’t Walk, Then Crawl, But Whatever You Do,
You Have To Keep Moving Forward.”

- Martin Luther King Jr-

Perak memulakan aksi Liga Super 2017 dengan agak perlahan. Keputusan dua perlawanan awal ada menceritakan keseluruhan prestasi Perak setakat ini.

Pada awalnya, para penyokong amat teruja dengan barisan pemain-pemain yang disenaraikan untuk musim baharu ini. ‘Expectation’ mereka sangat tinggi untuk menyaksikan kelibat-kelibat pemain-pemain yang bertaraf bintang ini. Tetapi, segalanya ‘belum bermula’. Beberapa bahagian dalam pasukan belum berfungsi dengan baik. Tidak adil untuk kita ‘flagging’ kan pemain-pemain ini sebagai gagal kerana, Perak diketuai oleh seorang Ketua Jurulatih yang cukup berpengalaman dan cukup peka dalam setiap tindakannya.

Perlawanan pertama dan kedua boleh dikatakan agak baik, apabila dalam kedua-duanya gol dapat dihasilkan. Ini kerana, dalam bolasepak, gol adalah pengukur sebenar prestasi pasukan atau ‘end result’ yang menjadi ‘first impression’ penyokong-penyokong. Tetapi, penyokong-penyokong amat menagih sentuhan gol daripada barisan serangan. Ini kerana kedua-dua gol adalah dari pemain ‘from behind’ yang meledakkan gol disaat-saat genting dan memerlukan. Perterjamahan atau mempraktikkan falsafah bolasepak Weigang dalam padang sememangnya agak sukar dan memakan masa. Diharap, PAFA bersabar untuk musim ini dan tidak mengulangi ketegasan musim lalu yang mana terlalu kerap menukar Ketua Jurulatih yang bisa menjejaskan prestasi semasa pasukan.

Seperti yang dikatakan diawal tadi, beberapa bahagian dalam jentera Perak masih diawangan dan mengalami proses penyesuaian. Tetapi, Nasir Basharuddin kerap melakukan kesilapan hantaran dalam perlawanan lalu dan menggusarkan kem Perak tetapi, Weigang semestinya memiliki pandangan tersendiri untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada Nasir untuk dipergunakan dalam perlawanan menentang Melaka nanti. Bahagian tengah perlu kurangkan kesilapan dan perlu lebih pantas untuk menyalurkan peluang kepada barisan serangan sambil dibantu tengah kiri dan kanan yang pantas.

Secara keseluruhannya, 2 perlawanan Perak pamerkan peningkatan yang positif. Perlawanan ketiga, diharap akan ada lagi peningkatan lain yang boleh dicatatkan sebagai sesuatu yang positif.

Likes(4)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2017 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Kelebihan Dalam Kehambaran Permulaan | Perak FA

  1. YB

    Wowowow... bersama Weigang rasenya harapan utk juara Liga tak akan kesampaian. Kaliber beliau lebih pada pertandingan kalah mati seperti Piala Malaysia atau Piala FA. Jadi jgn berharap benda yg tak pasti. JUARA LIGA SUPER comfirm yilek... hihi.

    Likes(0)Dislikes(0)

Leave a Reply