Piala FA 2015 | Terengganu vs Perak (result)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Selasa, 7 April 2015
8.45 Malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin

Terengganu 1 – 1 Perak

Bukanlah sesuatu yang biasa untuk Perak mara ke peringkat ini dalam misi merebut Piala FA. Piala FA dan Dato’ M Karuthu ada ‘chemistry’. Semua sedia maklum apa cerita Dato’ M Karuthu dan Piala FA dalam Liga Malaysia.

Berbalik kepada cerita di Kuala Terengganu malam tadi. Permulaannya tampak agak sukar. Ini kerana lama keramat Sang Penyu jarang-jarang sekali dapat kita tawan. Tetapi, karektor Liga Super sudah mula sebati dengan tim Perak menyelinap dalam diri setiap pemain-pemainnya. Biarpun Perak kurang ‘hidup’ di bahagian tengah, tetapi, Dato’ M Karuthu cuba sebaiknya menggunakan apa yang ada ditambah kebijaksaannya mengatur strategi umpama Panglima Perang yang hanya mementingkan ‘end result’ tidak kiralah dengan cara apa sekali, dihujungnya ‘Perak Menang’.

Keputusan seri, adalah baik kerana bermain di tempat lawan. Kelebihan berpihak kepada Perak yang bakal melayani lawan yang sama 21 April 15 nanti di Ipoh. Woong Namkung sekali lagi menjadi punca jaringan buat Perak, cuma namanya tidak dicatat selaku penjaring. Sebaliknya pertahanan muda Terengganu disahkan sebagai penjaring gol sendiri apabila rembatan itu terbias Zubir Azmi di lewat separuh masa pertama.

Terengganu mungkin terkejut dengan asakan demi asakan Perak. Mereka terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengekang kepantasan setiap pemain muda Perak dan hasilnya mereka bermain dengan 10 pemain akibat kad merah kepada Ismail Faruqi.

Satu lagi kelemahan Perak yang perlu diperbaiki, mempertahankan gol. Lainlah jika berkelebihan 2 jaringan atau lebih. Satu gol amat berat dan pemain-pemain mula rasakan tekanan. Sebab itulah Terengganu dapat menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan melalui sepakan penalti bekas pemain Perak Paolo Rangel.

Berdasarkan prestasi semasa, Dato’ M Karuthu dilihat cukup komited untuk menghadiahkan kita Piala FA. Laluan sedang dirintis tinggal lagi untuk menyerang sehingga garisan penamat. Tidak mustahil Perak akan ke perlawanan akhir. Siapa tahu, tahun ini kita bakal mencipta kejayaan sekurang-kurangnya satu piala?

Likes(23)Dislikes(2)
This entry was posted in Piala FA 2015 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Piala FA 2015 | Terengganu vs Perak (result)

  1. YB

    Hahahah.. Panglima Perang Dato Karatu!!! Kita selangkah lagi ke separuh akhir. Piala FA Malaysia yg pertama dimenangi oleh Perak pada tahun 1991. Siapa lagi kalau bukan coach yg sama mengatur strategi. Keputusan seri tak jadi soal sebab yg penting kita ada bekalan 1 gol dr tempat lawan. Dijangka import baru iaitu peledak dr Jamaica, Horace James bakal menyusul tak lama lagi. Bersiap siaga Sang Penyu jika kurang bersedia nescaya tumbang ditanduk Sang Seladang. Perak hanya perlu seri tanpa sebarang jaringan tapi penyokong mau lebih dr itu.. tahniah Perak!!! Well done Dato Karatu!!!

    Likes(11)Dislikes(1)
      1. YB

        Sori yob silap taip, 1990 yg betoi.. 1991 pun kita final dgn selangor tapi kalah 1 gol.. sedih gila masa tu.. huhuhu

        Likes(1)Dislikes(1)
  2. haemo

    tahniah perak..bekalan gol tempat lawan berjaya di hasilkan..sekorangnye stakat ni perak dah berjaya ke peringkat separuh akhir sehingga tarikh 21 April.Untuk game "di rumah kita" plak lakukan lebih lagi seperti panglima perang yang sedang mempertahankan kawasan dari ditakluki.kekuatan Perak semakin bertambah dengan kehadiran pemain import pilihan coach seharusnya gol tempat lawan boleh berubah kepada menang secara agregat.

    Likes(7)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Alham dulillah pasukan Perak berjaya mengikis penyakit lamanya dengan memperolehi seri dengan Terengganu setelah berjaya menumpaskan Felda dengan jaringan 4 - 1 sebelumnya. Pada tahun 2013 setelah kita berjaya mengalahkan JDT dengan jaringan 3 - 0, di perlawanan berikutnya kita tewas kepada T. Team dengan jaringan 3 - 0 (kalau tak silap). Bermakna pasukan kita ada peningkatan dari segi mengatasi 'badi'.

    Likes(3)Dislikes(1)

Comments are closed.