Liga Super 2015 | Felda United vs Perak (Result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 4 April 2015
8.45 Malam
Stadium MPS, Selayang

Felda United 1 – 4 Perak

Perak berjaya memalukan tuan rumah dengan jaringan yang besar. Kesemua gol dijaringkan oleh pemain import yang menyaksikan penyerang yang dipertikaikan sebelum ini iaitu Chad Souza meledakkan hatrik dan satu gol oleh Woong Namkung.

Perak tidak menunggu lama untuk di depan setelah Chad Souza menolak mudah tandukan ke belakang Woong Namkung minit ke 5, berpunca daripada lontaran ke dalam dari kiri gol lawan terus ke depan gol . Selepas itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan sempurna.

Babak kedua, pasukan tuan rumah hanya memerlukan 2 minit untuk menyamakan kedudukan apabila Edward Junior Wilson yang tidak dikawal meledak gol di penjuru kanan Azizon Kadir berpunca daripada sepakan penjuru yang gagal dikeluarkan dengan baik oleh barisan pertahanan Perak.

Selepas itu, Perak menggandakan jaringan di minit ke 50 sekali lagi oleh Chad Souza melalui satu gerakan menarik selepas memanfaat kesilapan Farizal Harun yang membuat sepakan gol yang lemah dan Chad Souza berada di dalam kedudukan yang terbaik menerima lorongan pemain tengah Perak. Felda United dilihat amat terdesak selepas itu. Perak mula mengendurkan serangan dan mula bermain secara bertahan.

Selepas kemasukan Fikri Sudin, bahagian sayap kanan Perak kembali bertenaga dan hasilnya, Woong Namkung menolak mudah hantaran lintang rendah Fikri Sudin untuk Perak bergaya mendahului Felda United dengan kelebihan dua gol di minit ke 80. Pasukan tuan rumah semakin kerap melakukan kesilapan demi kesilapan dikala mereka cuba mengatur serangan. Hasilnya, Perak jaya membuat serang balas pantas dan Woong Namkung dijatuhkan dalam kotak penalti ketika perlawanan memasuki masa tambahan 5 minit. Chad Souza sebenarnya gagal menyempurnakan penalti berkenaan, mujur bola ‘rebound’ berjaya disudahkan untuk melengkap hatrik pertama beliau bersama Perak.

Biarpun, Perak sering gagal mengimbangi jentera lawan yang diketuai Sharul Nizam Mustafa, namun kelebihan ketepatan hantaran jauh oleh Perak menjadi punca kemenangan sambil dibantu kecemerlangan barisan pertahanan yang diketuai oleh Thiago Junio. Barisan pertahanan Perak berjaya menyekat kelincahan jentera serangan lawan dan menyerap hantaran-hantaran merbahaya untuk menghasilkan gol.

Likes(18)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2015 | Felda United vs Perak (Result)

  1. YB

    Yehaaa.. pada teman yg penting kejayaan sesebuah pasukan ialah bila mana pemain berjaya menjaringkan gol dan mencipta kemenangan. Masuk bab game cantik ke, menguasai tengah ke, ball possesion ke, taktikal lapok dan mudah dibaca ke.. semua tak penting KALAU TAK MENANG!!!. Pemenang dikira berdasar jaringan dan peduli apa taktikal bole dibaca pihak lawan pun asalkan player kita dpt laksanakan dgn jaya arahan yg diberi. Nak buat taktikal dasat2 tapi player pun takde kemampuan apakehey? Apapun tahniah Perak dan tahniah Dato Karatu... u are the best!!!

    Likes(13)Dislikes(0)
      1. YB

        Kahkahkah.. like ke dislike ke teman tak peduli yob... tak jadi kudis..yg penting PERAK MENANG... hahahaha..

        Likes(9)Dislikes(2)
          1. YB

            At the end people just remember the Winner yob.. ramai org tau siapa juara piala dunia tapi brape kerat yg tau Naib Juara? Kikiki..

            Likes(4)Dislikes(2)
  2. Jaji

    Teman ada sikit pesanan kepada pasukan Perak. Tolong jangan ulangi pemyakit pada tahun 2013. Pada ketika itu Perak berjaya menundukkan JDT di Stadium TLDM, Lumut dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Kalau tak silap Paulo Rangel yang menjaringkan ketigai-tiga gol itu. Pasukan Perak (termasuk juga para penyokong) begitu megah atas kejayaan sebegitu. Tapi apa yang berlaku selepas itu. Pasukan kita kalah kepada T. Team dan asyik kalah aja selepas itu. Jadi kali ini jangan le hendaknya pasukan TBG kalah pulak dengan mudahnya selepas ini, terutamanya kepada Terengganu. Kan kita bertemu berturut-turut 3 kali selepas ini dengan Ganu. Dua kali dalam Piala FA dan sekali dalam liga Super. Dua kali bermain di tempat sendiri dan sekali bermain di Terengganu. Doa teman agar pasukan kita lebih berhemah dan berwaspada kali ini dan tidak tenggelam dalam kemegahan. Apa le sangat meleburkan rekod tanpa kalah Felda tu. Cuba tengok pasukan PDRM. Mereka berjaya mengekalkan momentum. Setelah membenam rekod tanpa kalah Perak di Ipoh, mereka berjaya pula menumpaskan Sarawak dan kini gah berada di persada Liga.

    Likes(2)Dislikes(2)

Comments are closed.