Piala FA 2015 | Perak vs T-Team (result)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Selasa, 17 Mac 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 1 T-Team

Lagi kemenangan untuk Perak selepas diaibkan PDRM Sabtu lalu. Skrip agak berbeza malam tadi apabila Perak terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal oleh pasukan pelawat di minit ke 15. Namun, gol awal itu segera dibalas 2 minit selepas itu oleh siapa lagi kalau bukan pemain import Perak yang paling menyerlah iaitu Namkung Woong.

Selepas itu, di minit ke 32, sekali lagi Namkung Woong menjaringkan gol kedua untuk Perak bagi memastikan kemenangan dan membuka jalan untuk Perak ke Suku Akhir Piala FA kali ini.

Seperkara yang agak mengecewakan adalah prestasi Syazwan Roslan, yang ‘berjaya’ mengutip kad merah kedua dalam masa 4 hari. Ini mercerminkan situasi semasa disiplin pemain ini. Adalah sesuatu yang memalukan bagi pemain yang telah lama beraksi dalam kancah bolasepak profesional melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya ini. Diharap ianya menjadi teladan kepada pemain-pemain muda yang lain untuk memelihara disiplin terutama ketika beraksi dalam padang.

Dato’ M Karuthu, semestinya ingin mengulangi sejarah untuk membawa pulang kembali Piala FA ke bumi Perak. Diharap musim 2015 ini menjadi titik tolak kebangkitan ini. Skuad Perak dilihat berada di laluan yang betul untuk pergi jauh dalam saingan ini. Lawan seterusnya, antara Selangor atau Terengganu. Perak perlu lebih realistik untuk memperbaiki rekod yang selama ini telah lama sunyi daripada memenangi sebarang kejuaraan.

Likes(13)Dislikes(2)
This entry was posted in Piala FA 2015 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Piala FA 2015 | Perak vs T-Team (result)

  1. Jaji

    Dalam shoutbox portal ini teman ada menyatakan "bior le Perak kalah daalam perlawanan menentang PDRM asalkan kita menang bertemu T. Team dalam Piala FA". Rupa-rupanya makbul juga doa kita semua yang tak henti-henti mendoakan kejayaan Perak. Kini Perak berjaya menempahk tiket ke perlawanan Suku Akhir. Lawan kita ialah sama ada bertemu dengan Selangor atau Terengganu. Bagi teman bior le kita bertemu dengan Selangor. Baru le 'bertemu buku dengan ruas'

    Likes(5)Dislikes(1)
    1. izat

      Nampak nya banyak bergantung dengan Nam Kung untuk hasilkan gol.harap pemain2 lain pun turut sama boleh hasilkan gol.Terengganu & Selangor sama2 kuat sekarang,Terengganu ada Paolo Ranger

      Likes(4)Dislikes(0)
      1. YB

        Namkung cekap guna peluang dan minimakan kesilapan. Bila defend lawan tak marking dia mmg dia mampu hasilkan gol. Tgk balik game lawan PDRM aritu.. sampai satu masa hingga 3,4 org kepung dia.. ermm, tumpor la yob.

        Likes(7)Dislikes(3)
  2. YB

    Err.. teman nak ulas apa kate Fauzi Pilus iaitu Assistant Coach PDRM rentetan kekalahan kepada Sime Darby smlm di sebuah akhbar. Mereka kepenatan selepas melawan Perak dan cuma rehat 2 hari sahaja disamping ketiadaan Ali Asfaq yg cedera slps game dgn Perak. Soalnya depa aje ke rehat 2 ari? Team Perak 2 minggu ke? Eee.. alasan penat ni toksah cite la kalu dah pemain bola. Mmg penat lawan Perak yg rata2 pemain muda dan game terbest teman tgk masa draw dgn Lion aritu. Depa pun majoriti bebudak muda so lawan sape laju ligan la. Karatu cekap menggunakan faktor muda dan laju sebagai modal utk game2 beliau. Kita cuma perlu sorang lagi pemain sebaik Namkung dan pemain tgh ala Traore Abdolaye dulu. Ada harapan satu piala musim ni...

    Likes(10)Dislikes(2)
  3. haemo

    tahniah perak layak ke pusingan suku akhir..harap suku akhir bukan penamatnye..usaha lagi untuk sampai ke peringkat akhir..nak ulas banyak-banyak pun teman tak ke stadium..takde fakta.semoga DMK dapat pengganti import yang benar-benar berkualiti dan menepati citarasa.Mengharap sgt pengurusan PAFA tidak menganggu urusan perpindahan pemain.

    Likes(5)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob.. klu DMK yg pilih gerenti okay punya... tau le dia menilai player yg dia nak kan.. masalah skang yg pilih player pengurusan PAFA!!! Sebab tu salahkan depa kalau player mcm haup. Coach cuci tangan kaki amik team dgn apa yg ada tapi BALA yg tanggung coach.. fans lupa sape pilih player.. sebab tu coach import dulu cabot.

      Likes(9)Dislikes(3)
  4. haemo

    DMK tau menilai player..pengurusan plak nak tau nilai player..kalau mahei lupekan je la walau bagus mcm mane pun..Tang pengurusan yang teman cuak tu.

    Likes(4)Dislikes(0)
  5. sup utara

    menang setakat 2-1 keatas pasukan dari liga perdana......redha jerla....dah ini jer barisan yang dipilih oleh pafa holding/pafa sport/perak fa....

    dulu aku pun marahkan karathu sebab tak kasi azmizi,bobby n ntah sapa lagi sorang dari sabah tuer beraksi....sekarang aku faham..tapi harapan kepada barisan pemain yang ada main tuer guna akal bukan setakat guna otak,sebabnya kekadang tengok deme deme nie main hanya lebih menggunakan kederat berbanding akal......bial main tak guna akal mulalah depan gol pun tak boley skor....nak bertahan pun dah jadi meraban......

    itu belum jumpa team kuat kuat....kalau jumpa team team kuat selain PDRM FA aku rasa pasukan dah ditunjukkan jalan keluar balik rumah

    Likes(2)Dislikes(2)

Comments are closed.