Liga Super 2015 | Perak vs PDRM (result)

PRAY4PERAKFA

 

 

 

 

Sabtu, 14 Mac 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 1 – 3 PDRM

Jangan gelabah tuan-tuan dan puan-puan. Akhirnya, PDRM telah menzahirkan mana perlu kita yakni Perak FA kena betulkan. Jika tidak, kita akan selesa dengan status ‘undeafeted’ kononnya. Sebenarnya, Perak bermain ibarat bertaruh nyawa tanpa apa-apa jaminan dan hanya nasib menyebelahi kita dalam perlawanan sebelum ini. Tetapi. Masih ada kekuatan yang kita simpan. Usah terlalu emosi dan admin sudah teliti perlawanan semalam dan inilah hasilnya.

Benar kata Head Coach Perak sebelum ini, pemain-pemain muda Perak tidak yakin untuk ‘hold’ bola lebih lama, bagi mengelak Perak hilang bola, hantaran jauh diterapkan. Mana Marco Tulio? Admin rasa sesuatu berlaku antara beliau dengan Coach. Samada corak permainannya tidak sesuai dengan cara coach? Atau apa-apa yang lain? Sehinggakan Thiago Junio beberapa kali ‘overlap’ semalam untuk menggerakkan serangan. Begitu tenatnya bahagian tengah Perak. Jangan salahkan M Karuthu, sebaliknya kita tanya kepada beliau mengapa Tulio disimpan?

Seterusnya, KEKUATAN PERAK adalah pemain mudanya yang rajin dan bertenaga. Buktinya, separuh masa pertama semalam, Azman Adnan berubah dari The Cops menjadi The Cup. Mana tidaknya, beliau telah bersedia untuk menghalang counter attack Perak dengan membariskan pemain-pemainnya di bahagian tengah, tetapi rupa-rupanya masih sukar untuk tembus pertahanan ampuh Perak. Apa hal? Sebabnya adalah Perak mengamalkan disiplin pertahanan yang cukup tinggi! Buktinya, cuba lihat ketika mana Perak hilang bola di tengah dan diserang pihak lawan. Dengan pantas, semua pemain Perak akan berlari untuk bantu barisan pertahanan yang menyukarkan pihak lawan menembusi pertahanan kecuali, ‘set pieces’ dan penalti. Inilah pemusnah Perak semalam.

Secara jujurnya, admin tidak salahkan Dato’ M Karuthu. Beliau cuba yang terbaik untuk Perak berdasarkan aset yang beliau ada. Jelas sekali, beliau gemar pemain-pemain muda yang rajin, mudah menerima arahan (dengar cakap) dan ‘fitness’ mantap serta berkelajuan tinggi. Lihat sajalah barisan semalam ramai pemain-pemain Piala Presiden diturunkan. Pada admin, pada usia 71 Tahun, Dato’ tahu apa yang patut dibuat, bukanlah tahap kita untuk pertikaikan beliau yang berpuluh tahun dalam bolasepak!

Perak ada satu lagi kekuatan. Kekuatannya adalah KITA! Percayakan Diri Sendiri, Samalah Percayakan Perak!

Likes(10)Dislikes(3)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2015 | Perak vs PDRM (result)

  1. kamarul81

    Setuju 100% dgn pandangan admin.
    Perak beruntung memiliki ramai pemain2 muda berbakat. DMK dlm proses membentuk bakat2 muda ini menjadi bintang. Keperluan pasukan skrg adalah pemain import brkualiti sebagai kerangka pasukan. Pertahanan kita ada thiago jr. , nam kung boleh diharap the versatility yg dia miliki sbg forward dan AM. Jendela perpindahan april nanti perlu dimanfaat sepenuhnya utk mendptkn general pdg sprti toure abdulaye dan penyerang prolifik sprt marlon alex. Secara tak langsung dpt mnjadi role model dan mbimbing bakat muda pasukan.

    Likes(7)Dislikes(0)
  2. belanak

    Itu dia makan nye... Jangan asyik duk lena di buai mimpi... Mesti mau kena sekali... Baru kita akan sedar...

    Jendela baru nanti, rasanya x perlu la nak cari pemain import.. Akhir nya x ke mana.. Injured sampai ke sudah...

    Selagi ada duri dalam daging... Pemain import x gah mana... Itu la masalah utama...

    DMK sudah laku kan yang terbaik dengan sumber yang ada... Berbangga dengan semangat anak-anak muda sejati YOB...

    Kental berjuang demi pasukan tercinta... Tidak pada yg hampeh... Lari-lari anak terkinja-kinja atas bawah... Tiada hasil langsung!

    Anak-anak muda... Teruskan sikap jatimu dan teruskan perjuangan sejati mu demi maruah pasukan tercinta...

    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(5)Dislikes(0)
  3. YB

    Teman salahkan management yg hampeh amik pemain import!!!. Semua benda last minit buat koje.. nak murah tpi power tula idea depa. Yg betul2 bole harap Namkung dgn Thiago. Kalau kita ada sorang striker sebaik Kieta Mandjo atau selincah Sumareh (pdrm) dan tengah semantap Traore Abdolaye.. dgn ramuan player local yg ada ni cukup utk menghaslkan sesuatu yg menceriakan. Malangnya import kita saban masa HAMPEH !!! Cukup susah nak cari yg bagus.

    Likes(12)Dislikes(3)
  4. Izhar

    Pengulas tv pada masa rehat mengatakan berdasarkan corak pada separuh masa pertama, Perak hanya menunggu masa untuk menjaringkan gol. Ternyata diawal separuh kedua kita berjaya menjaringkan gol pendahuluan sebelum disamakan oleh pdrm melalui penalti.

    Tapi awok salute keberanian DMK meletakkan pemain muda mengemudi bahagian tengah. Fikri,Syukri,Beto & Nuri. Just kena ada seorang otai yang mantap untuk command mereka ni.

    DMK pasti lebih mengetahui kelebihan & kekurangan pemain beliau. Segala taktikal dirancang berdasarkan faktor tersebut & kekuatan pasukan lawan. Apa yang ada itulah yang mampu direncana oleh DMK.

    Likes(2)Dislikes(1)
  5. kamarul81

    Lihat pasukan2 seperti felda,pdrm,pahang dan jdt...Kekuatan mereka pd pemain import brkualiti. Betapa tumpulnye pahang dan jdt tanpa penyerang import mereka. Dr segi local player, tak jauh beza dgn aset local yg kita ada. TBG mampu menyinar jika dpt import yg 'betul' mengikut prcaturan DMK. Teman setuju beno dgn YB, management yg harus dipersalahkn dlm kes ni.

    Likes(5)Dislikes(0)
    1. YB

      Tu la pasey yob.. di kala pemain local setengah mampuih main mengerah kudrat.. pafa plak dok amik player ala bidan terjun. Tanpa pemain import yg berkaliber.. susah nak pg jauh liga super ni. Bebudak muda kita utk supporting role mmg dah bole sangat tapi kenalah ada import yg mantap dan berkarisma. Amik contoh Kedah masa juara Double Treable dulu. Bebudak muda support 3 import POWER iaitu Marlon, Hugging dan Nelson San Martin. Klu kena marking depa ni local yg lain pun mampu hsilkan gol. Skang kita bole guna 4 import tapi hasilnya apa?... adoilaaa.. sampai bila PAFA nak sedor dan berubah!!!

      Likes(3)Dislikes(2)

Comments are closed.