Piala FA 2015 | Shahzan Muda vs Perak (preview)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Sabtu, 28 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Shahzan Muda telah ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi. Berdasarkan rekod, mereka pernah bermain di Liga Perdana pada tahun 2008 hingga 2010 sebelum kembali ke Liga FAM sehinggalah ke hari ini. Pasukan ini pernah mendapat sentuhan Zainal Abidin Hasan suatu ketika dahulu dan kini dikendalikan oleh Tajuddin Noor seorang jurulatih yang berpengalaman.

Itu serba sedikit pengenalan mengenai pasukan ‘musuh’ yang akan ditentang Sabtu nanti. ‘Do not under estimate the enemy’.

Dalam keadaan ini, Perak dilihat sedikit tertekan yang mana perlu menjaga status sebagai sebuah pasukan profesional yang beraksi di Liga Super berbanding Shahzan Muda yang hanya beraksi dalam Piala FAM 2015. Namun begitu, inilah masanya untuk mencuba pemain-pemain yang belum pernah diturunkan untuk memastikan moral mereka terjaga dan terpelihara. Peluang sebegini bakal meninggalkan impak yang cukup berguna kepada pasukan.

Semestinya, pemain-pemain ini akan beraksi dengan baik untuk membuktikan bahawa mereka juga layak untuk bermain dalam setiap perlawanan. SDN amat mengharapkan kelibat Nor Hakim Isa, Sukri Hamid, Hamizul Izaidi dan Fikri Sudin.

Tiada rekod ditemui tentang sejarah pertemuan antara kedua-dua pasukan ini. Jadi, saingan dianggap terbuka. Pasukan lawan sudah tentu cukup bernafsu untuk memalukan Perak di laman mereka sendiri.

Likes(7)Dislikes(1)
This entry was posted in Piala FA 2015 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

18 thoughts on “Piala FA 2015 | Shahzan Muda vs Perak (preview)

  1. YB

    Aik? Takmo komen ke? Ooo..nak tunggu dislike komen aku ke? Aaa..meh sini dislike cepat... kikiki.. game ni bole menang ke? Dengar cite Pahang test game dgn Shahzan pun kalah aritu... so? Bole ke menang Perak? Teman predict kalah 1 gol cukup.

    Likes(2)Dislikes(21)
    1. keristujuh

      Teman suka kata-kata ni, tapi cuba disingkapkan sebaliknya..ambil positif. Komen ni boleh menyedarkan pasukan perak dr tidur lena dibuai mimpi dianggap kuat. Kena hati2 dan usaha untuk menang. Insyaallah dapat kemenangan jika 'bermain dengan usaha utk menang dan ikhlas'.

      Likes(4)Dislikes(0)
  2. haemo

    komen teman...utk Piala F.A ni elok le bg budak2 yang tak braper nak dpt main mase Liga Super..bior deme berkeyakinan cikit untuk next game.harap jge coach M.Karathu pelbagaikan formasi dan taktikal..teman tengok 3 game Liga Super taktikal yang same je x brubah..dapat je bola ke defend antara lambung trus ke striker ataupun buang keluor..pergunakan midfield scukupnye utk main short pass atau thru pass.hakim isa ataupun tulio terbaik digunakan sbg attacking mid..pendapat teman..nak dislike pun bleh...kikikiki...

    Likes(5)Dislikes(0)
    1. keristujuh

      Wajib pelbagaikan taktikal dan sistem permainan tetapi wajib juga untuk 'taktikalkan' pemain mengikut kesesuaian rentak pemain dan pasukan.

      Likes(3)Dislikes(0)
    2. YB

      Yob... Coach ada material gitu.. Game plan dia gitu so jadilah mcm yg kome tgk aritu. Hakim Isa n Tulio bukan ball winner, work rate rendah ni dlm team takleh byk nanti semua pakat tgk bola takde yg nak kejo. Karatu suka player yg rajin dan laju. Lainlah dia player yg ada magic atas padang maybe ada harapan main. Lagipun teman peratikan player muda Perak ramai yg gabra. Takleh hold bola lama skit.. So cemana nak one two hantaran pendek. Bagi masa deme serasi dulu kot...Pandai la Karatu...

      Likes(5)Dislikes(11)
  3. keristujuh

    Teman penyokong yang amat dahagakan piala dari pasukan perak.. Jadi genggamlah walau piala apepun..piala fa pun ok..janji 'game terbaik', tiada alasan untuk perak kalah..tapi jangan memandang rendah walau mana pun pasukan lawan.

    Likes(4)Dislikes(0)
  4. Jaji

    Pesan teman, jangan sesekali memandang rendah terhadap mana-amana pasukan. Telah kerap berlaku bila sikap sedemikian ada dalam sanubari para pemain, pakai kecewa le hasilnya. Umpamanya satu pasukan tu tersenarai paling atas dalam liga dan lawan pulak dengan pasukn tercorot. Ate kalau sambil lewa dan memandang rendah kepada pasukan tercorot, kelak pasukan top tu le yang kalah. Bukan sekali tapi dah banyak kali, Jadi beringat le seblum kena.e

    Likes(4)Dislikes(1)
  5. syidi Post author

    As salam. Welcome back Keristujuh. Lama tak jumpa. Maaf tak dapat ke jemputan kahwin hari tu.

    Memang benar kata2 semua yang di atas termasuk yang kena dislike haha. Dato M Karuthu memang kena kreatif untuk aturkan mana yg ada. Ibarat seperti dapat tanah 10'x 30' tapi nak buat Bungalow 10 bilik siap swimming pool. Peruntukan diberi hanya untuk rumah murah. So? Apa ekspetasi anda?

    Likes(5)Dislikes(2)
    1. keristujuh

      Sentiasa je ada kat sini..walau dimana pun berada tetap dengan SDN dan team Perak.
      Ok xpe xdapat datang majlis tu..ahli majlis tertinggi dah hadir g kira wakil SDN lah. TQ.

      Likes(0)Dislikes(1)
    2. YB

      Jawapan KLISE dr PAFA musti gini ' Dato Karatu gagal menggarap strategi berkesan utk pasukan Perak justeru itu kita bakal menimbang utk mencari pengganti beliau dalam masa terdekat' ... Kahahhhptui... dah hangpa bli ikan gelama, bulu ayam, sepat ronggeng pastu dok arap hasil jadi sesedap ikan JENAHAK, MERAH, KERAPU... adoilaaa.. panggil Mourinho pun dia lari tengah malam la balik KAMPUNG!!!

      Likes(4)Dislikes(7)
  6. izat

    Teman dengo 5 org pemain utama dijangka tidak dapat diturunkn sbb injured.Nuri & Chad souza rasanya terlibat sama.mungkin kali ni kita akan nampak teknikal y berlainan akan dibawa H.C Karathu

    Likes(0)Dislikes(1)
    1. YB

      Ada kemungkinan taktikal yg lain dan mungkin sama. Andaikan yg injed tu ada replacement dr kalangan pemain lain yg sebaik diganti.. ada harapan game tu masih menggunakan taktikal yg sama. Pada teman lagi suka guna taktikal yg sama, kelebihan pada kita. Lion yg memuda aritu pun semput ngikut taktikal kita apatah team otai2. Selagi bole menang jgn tuko plan, kot kalah sok baru tgk dan kemaskini kat mana yg perlu di tambah baik.

      Likes(4)Dislikes(7)
  7. haemo

    Yup YB..teman setuju.dah itu je material yg coach ade..tp sbg coach berpengalaman yang byk idea..jgn le guna 1 formasi je setiap game..utk 2 3 game ni ok la..akn dtg team lain akan mngkaji setiap lawan diorng.kite amik contoh liga BPL la..team leicester city.3 4 game pertama liga sentiasa mnang..biler coach dah asyik gune formation yg same je..team lain dah bleh bace taktikal diorng..tgk kdudukan diorng skang ni kat mane..bawahan liga yob..sbb tu la dlam pasukan ade 25 player..pilihan byk..TEPUNG TAK SEMESTINYA BOLEH BUAT KUIH JE.

    Likes(1)Dislikes(4)
    1. YB

      Sebenornya kan, isu pasukan lawan bole baca taktikal ni pada teman BAHASA PENGULAS SUKAN je. Kalu deme bole baca dan counter benda tu kira terkujat la kita tapi kalu tau sekalipun dan tak mampu nak halang taktikal tu tetap menjadI jugak plan kita. Contoh mcm Barca dan Real Madrid.. pattern main dan taktikal sama je.. key person Messi/Neymar dan Ronaldo.. tapi deme tetap bole menang jugak. Sebabnya plan yg org tau tak menghalang kita dr menang selagi kita boleh displinkan diri mengikut PLAN sebaiknya. Dlm kes ni Perak main simple plan je, seswai dgn kederat muda yg ada di samping menyusahkan pihak lawan yg dah byk berumur nun. Kita kena exploit pihak lawan dgn segala benda yg kita ada dgn kekuatan kita bkn kekuatan lawan waimah faktor cuaca pun penentu. Cuba lawan team arab nun.. takde der dibuat main malam depa.. diajak kita main tghari rembang masa piala asia nun sebab? huhuh.. bolasepak bukan sekadar formasi ajer.. Pada teman selagi bole menang taktikal yg sama.. sila guna dan jgn tuko2. Kalu asik BEREXPERIMENT mcm Rajagopal dulu lagi penin.. menangnya idak.. asik experiment je sudahnya player penin mcm2 nak buat tapi satu pun tak jadi. Player bukan robot yob.. .. kikiki

      Likes(4)Dislikes(7)
  8. angahbg

    tapi yb.... mana2 team pon campak la messi ngan CR... mmg la terer.... dulu dinho... zidane... itu semua once in a decade player.... letak la mana2 team pon terer

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ye betoi.. deme tu tahap Maestro tp kena la dgn taktikal dan perancangan dr coach. Messi dgn Argentina dan Ronaldo dgn Portugal.. main utk negara sendiri jahanam jugak tak kemana SEBAB? Bolasepak berpasukan bukan individu semata. 1 atau 2 org playmaker membantu team tp tak gerenti kejayaan. Adunan dr coach penting menilai kekuatan material yg ada utk perancangan yg bersesuaian.

      Likes(1)Dislikes(6)
  9. angahbg

    tak jahanam mana la messi tu dia masuk final kan hari tu.. cristiano ni bukan leader sbb tu team negara dia tak pergi sgt.. dia tak sesuai jadi capten

    Likes(0)Dislikes(1)
    1. YB

      Aik.. 1 Portugal nak dia jadi kapten.. mike bole kate tak sesuai... kikiki.. kelakor la mike yob. Err.. Perak plak si Nasir jadi kapten apa komen mike? Sesuai ke? Huhuhu...

      Likes(0)Dislikes(4)

Comments are closed.