Liga Super 2015 | Perak vs Sime Dabry (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 7 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 0 Sime Darby

Permulaan positif Skuad Dato’ Karuthu selepas berjaya menundukkan ‘The Giant Killer’ sekali gus menggembirakan hampir 10 ribu penyokong yang hadir ke stadium.

Berikut adalah statistik perlawanan:

Perak:

Penguasaan Bola52 %
Percubaan Tepat  – 5
Percubaan            – 11
Offside                  – 2
Sepakan Penjuru5
Diselamatkan       – 2
Kekasaran            – 4
Kad Kuning          – 1
Kad Merah            – 0

Sime Darby:

Penguasaan Bola – 48 %
Percubaan Tepat  – 0
Percubaan            – 5
Offside                  – 1
Sepakan Penjuru – 3
Diselamatkan       – 3
Kekasaran            – 9
Kad Kuning          – 2
Kad Merah            – 1

Gol pertama Perak terhasil berpunca daripada ketangkasan Nurridduan Abu Hassan yang bijak merampas bola dan meluru terus ke gawang lawan menewaskan penjaga gol Sime Darby untuk Perak di depan 1-0 di minit ke 29. Selepas itu Perak meneruskan penguasaan sehinggalah rehat.

Separuh masa kedua, Sime Darby seperti mahu bangkit tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila terpaksa bermain 10 orang ketika perlawanan berbaki 30 minit lebih. Namun, sebelum itu, Chad Souza melepaskan peluang untuk menambah jaringan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti. Ketika Perak berkira-kira untuk menang tipis 1-0, muncul Ridzuan Azly Husam yang bijak melintangkan bola dan disambut dengan tandukan kemas Namkung Wong dipenghujung babak kedua untuk mengesahkan 3 mata buat Perak.

Jika dilihat kepada statistik di atas, pertahanan Perak melakukan tugasan dengan baik. Buktinya, tiada percubaan tepat dapat dilancarkan oleh pihak lawan. Manakala bagi pasukan Perak, 5 daripada 11 percubaan mereka berjaya tepat ke sasaran dan 2 daripadanya menghasilkan gol. Kredit kepada Dato’ M Karuthu yang bijak mencatur strategi pada perlawanan ini. Juga kepada pemain-pemain muda Perak yang beraksi cemerlang. Peranan pemain muda seperti Nasir Basharuddin, Fikri Sudin, Ridzuan Azly, Sukri Hamid, Hamizul Izaidi dan tidak lupa Nurriduan Abu Hasan cukup besar pada malam ini.

Prestasi pemain import pada perlawanan boleh dikatakan baik kecuali Chad Souza yang kurang baik. Seorang penyerang jika tiada jaringan adalah satu masalah biarpun pasukan itu menang perlawanan berkenaan. Sementara itu, Thiago Junio ampuh di barisan pertahanan sementara Namkung Wong juga baik selepas berjaya mencipta nama selaku penjaring.

Likes(10)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2015 | Perak vs Sime Dabry (result)

  1. YB

    Waaa.. menang laa.. sedap la pasni nak JILAT JILAT.. kekekeke baru game pertama wehh..jgn happy beno. Ada banyak lagi game pasni, harap tak buat lawak antarabangsa la. Apapun lawan 10 org kalau tak menang memang koman spanar la.. 2 gol pun jadilah yetak dari takde.

    Likes(10)Dislikes(24)
  2. belanak

    Syukur alhamdulillah... Satu permulaan yang tetapi di awal musim selalu nya begitu... Semoga ia tidak berulang sekali lagi apabila kecewa berkali kali... Dia jugak yang kenyang.. Poket penuh! Kita ni... Penat... Penat... Penat...

    AL! = sendiri pikior la...

    Likes(4)Dislikes(17)
  3. Spectator

    Salam 1 malaysia

    Perbagai pujian dihemburkan terhadap kejayaan pertama pasukan perak.....
    tapi wajarkah kita terus berkhayal dengan kejayaan ini..meraikan kemenangan corak permainan yang disajikan.....

    Ingat lagi ka kita tahun 2009 dibawah bimbingan coach Karathu perak berjaya menumpaskan pasukan kelab dari kedah iaitu KM Naza.....dengan jaringan yang sama dan distadium yang sama...tapi selepas itu kita tewas kepada pasukan Selangor..bukan untuk menyamai dengan keputusan yang lalu tapi untuk peringatan kepada semua bukan masanya lagi nak bermegah dengan kemenangan ini....tapi harus lebih berusaha dengan lebih banyak demi memastikan pasukan berada dilandasan yang halal dan telus demi memartabatkan maruah ketahap yang tertinggi....

    Likes(3)Dislikes(1)

Comments are closed.