Liga Super 2015 | Perak vs Sime Darby FC (Preview)

sdn pm 14

 

 

 

 

Sabtu, 7 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Selamat datang ke musim 2015 yang semestinya mencabar. Bagi kita selaku penyokong tegar dan setia, sememangnya sudah masak dengan kerenah Perak FA saban musim. Biar apa pun yang berlaku, ini lah Perak kita. Baik buruk, tetap tanah tumpah darah kita.

7 Februari 2015, sejarah Perak FA 2015 bakal dipahat di batu sejarah, menyambung legasi musim lalu yang agak suram. Pelbagai reaksi penyokong dapat dibaca didada-dada media sosial. Positif dan negatif menjadi hiasan buat PAFA, terpulang lah, samada pekakkan telinga dan butakan mata yang celik untuk melayani kerenah dan pendapat bernas penyokong.

Sime Darby FC kelab di bawah kendalian Ismail Zakaria adalah sebuah pasukan yang sukar diramal. Untuk pengetahuan, Ketua Jurulatih Sime Darby iaitu Ismail Ibrahim adalah seorang Jurulatih yang agak luar biasa. Beliau bijak bertindak disaat-saat sukar dan dibantu dengan kelebihan pengalaman pemain-pemainnya. Musim pertama di Liga Super tahun 2014, Sime Darby FC berjaya menamatkan liga di kelompok 5 terbaik. Kedudukan ini sudah menggambarkan betapa seriusnya mereka untuk terus bersaing mendaki kemuncak kejayaan Liga Malaysia tahun demi tahun.

Pasukan mereka musim ini diperkuatkan dengan 4 pemain import iaitu Ivan Dragicevic (Serbia, FK Borac Banja Luka), Nemanja Vidakovic (FK Novi Pazar) and Marko Perovic (FK Radni?ki Kragujevac). Marko Perovic ( FC Basel UEFA Champions League (2008-09)) dan pernah dinobatkan Major League Soccer team New England Revolution’s Most Valuable Player 2010.

Manakala, Pasukan tuan rumah iaitu Perak agak ‘low profile’ dan persiapan untuk musim ini boleh la dikatakan agak baik berbanding musim terdahulu. Jika dinilai secara atas kertas, kekuatan Perak sepatutnya seimbang disemua posisi termasuklah barisan serangan. Kehadiran penyerang sensasi Bobby Gonzales dilihat mampu menguatkan serangan Perak jika dibandingkan dengan musim lalu.

Sabtu ini, Perak bakal berdepan tugasan sukar tetapi bukanlah mustahil. Musim lalu, Perak dimalukan 0-2 dihadapan ribuan penyokong sendiri. Ketika itu, Perak bermain 10 pemain ketika perlawanan berbaki 17 minit apabila Zyar Win dilayangkan kad merah. Apakah kesudahan episod kali ini? Mampukah Perak meleburkan rekod ini?

Likes(15)Dislikes(21)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2015 | Perak vs Sime Darby FC (Preview)

  1. YB

    Klu buat perbandingan import vs import pon kita tau kualiti team lawan compare team sendiri. Malas la nak cite buruk tapi bila kita bersedia untuk kalah maksudnya kita bakal kalah. If u pay peanut u get monkey.. tu peribahsa mat saleh. Kat mana tempat kita? Kome pikior la sendiri..

    Likes(8)Dislikes(24)
  2. belanak

    Erm... Semoga skrip tahun ni tidak sama seperti tahun yang lalu... Penyudahan yang serupa saban musim...

    Ayuh bangkit!

    Likes(3)Dislikes(6)
  3. keristujuh

    Harap team perak bersemangat utk menang dengan HALAL pada setiap 'game' yang ditempuh. Berjasalah dan Integriti-lah pada Negeri, Jatidiri, Pasukan, Keberkatan Kerjaya, Amanah. Tingkatkan kualiti permainan. Percaturan taktikal permainan yang terbaik wajib direncanakan dan direalisasikan. Dan jangan sesekali lupa "DOA UNTUK PERAK FA 2015"...

    Likes(3)Dislikes(6)

Comments are closed.