Liga Super 2015 | Perak vs Lions XII (Preview)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

 

Sabtu, 21 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Dua perlawanan dua kemenangan, kedua-duanya dengan jaringan 2-0. Perlawanan ketiga bakal menyajikan kita aksi yang mencabar apabila menanti kunjungan Lions XII di Ipoh.

Bagi Lions XII, mereka dilihat berkerja keras untuk mencari ‘form’ di tempat lawan. Ini bukanlah perkara baharu kerana mereka dikatakan kuat di laman sendiri dan agak terumbang ambing di tempat lawan. Dalam aksi pertama musim 2015, mereka membelasah PDRM 5-3 dan tewas kepada Kelantan 0-2 di Kota Bharu minggu lalu. Sudah semestinya, perlawanan ketiga ini mahu digunakan sebaiknya untuk mencuri mata dan mencalarkan rekod bersih Perak setakat ini.

Namun begitu, rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan banyak memihak kepada Lions XII. Musim lalu, Perak tewas 0-1 di Ipoh pada 25 Mac 2014. Gol kemenangan dijaringkan oleh Safwan Baharuddin di minit-minit akhir perlawanan dikala perlawanan dilihat bakal berkesudahan dengan keputusan seri.

Untuk perlawanan hujung minggu nanti, semestinya suasana perlawanan bakal berubah berbanding musim lalu. Moral pasukan Perak agak tinggi hasil 2 kemenangan berturut-turut. Tetapi, Perak perlu perkemaskan bahagian tengah yang dilihat agak rapuh dan juga bahagian serangan yang dilihat kurang berkesan. Gol-gol di Paroi tempohari adalah berpunca daripada set pieces yang berkesan. Bererti, barisan serangan Perak memerlukan sedikit rombakan untuk menambah keberkesanan nanti. Paling penting adalah bahagian tengah untuk menyalurkan bola ke barisan serangan, kelibat Marco Tulio amat ditagih dikala ini. Diharap Dato’ M Karuthu dapat merancang sesuatu dengan tenaga-tenaga muda yang ada, yang setakat ini mempamerkan aksi yang memberansangkan.

Likes(8)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2015 | Perak vs Lions XII (Preview)

  1. Jaji

    Kabornya streka Lion XII, Khairul Nizam cedera hamstring. Begitu juga dengan Sufian Anuar. Sahil Suhaimi dan Faris Ramli pulak terlibat dengan friendly dengan Syria bawah 23. Ate boleh ke Perak mengatasi Lion Sabtu ini di laman sendiri. Jangan over confiden sangat sudah le.

    Likes(3)Dislikes(3)
  2. Spectator

    assalamualaikum dan salam sejahtera

    pendapat teman satu jer....kalau boleh mengharapkan sangat kepada coach Karathu dapat ubah taktikal....dimana jangan gemar menggunakan taktikal yang sama....taktikal dari pertahanan terus lambungkan bola ke hadapan tanpa menggunakan strategi hantaran pendek.....

    cuba kita perhatikan dua game yang lepas taktikal yang sama hantaran lambung terus kehadapan tanpa menggunakan corak permainan hantaran hantaran pendek mahupun hantaran silang....untuk menggunakan kehebatan pemain dibahagian sayap dan tengah...malah barisan pertahanan kiri dan kanan tidak digunakan ketika menyerang.

    Bukannya apa apabila bertemu pasukan yang lebih handal,maka dengan corak permainan yang sedia ada akan membawa malapetaka kepada pasukan sendiri.

    Likes(2)Dislikes(2)
  3. YB

    Oooo.. game home ekk, lps 2 game menang biasanya game ketiga kalu tak draw musti tumpor. Lion pasukan tahap negara kalu nak banding Perak tahap cap ayam je. Gerenti Lion menang punyalah sebab rekod lalu tak peronah deme kalah di Ipoh tapi bole kalah di Jalan Besor. Memang kelakor result bolasepak Malaysia skang ni. Apapun teman predict Perak kalah 2-4 dgn layangan kad merah tah sape la yg kena nanti ekk..

    P/s: Apalagi cai2 jgn lupa dislike komen teman.. kikiki.. i loike

    Likes(4)Dislikes(18)

Comments are closed.