Liga Super 2015 | ATM vs Perak (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 14 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

ATM 0 – 2 Perak

Sekalung tahniah buat pasukan Perak yang berjaya meraih kemenangan di laman lawan, sekali gus menebus kekecewaan musim lalu.

Berikut adalah statistik perlawanan:

ATM:

Penguasaan Bola – 56 %
Percubaan Tepat  – 6
Percubaan            – 14
Offside                  – 1
Sepakan Penjuru – 8
Diselamatkan       – 3
Kekasaran            – 14
Kad Kuning          – 3
Kad Merah            – 0

Perak:

Penguasaan Bola – 44 %
Percubaan Tepat  – 5
Percubaan            – 7
Offside                  – 1
Sepakan Penjuru – 3
Diselamatkan       – 6
Kekasaran            – 9
Kad Kuning          – 2
Kad Merah            – 0

Perak bermula garang di 10 minit yang pertama. Sepatutnya ada jaringan terhasil diawal permainan tetapi gagal diterjemahkan dengan sempurna. Selepas itu, ATM tiba-tiba mencuri peluang terhidang dan mujurlah Zamir Selamat tangkas menghalang percubaan penyerang import ATM Jerry Palacios.

Minit ke 21, Nasir Basharuddin mula menunjukkan taring apabila meledakkan gol pertama Perak. Ini sekali gus menyentap ribuan penyokong ATM yang hadir pada malam ini. ATM yang selepas itu cuba bangkit namun tidak berhasil apabila gagal menyelinap masuk pertahanan yang diketuai Thiago.

Selepas rehat, Haris Safwan dibawa masuk menggantikan Chad Souza yang dilihat agak lembab dibarisan serangan. Permainan bertambah menarik di babak kedua dengan larian-larian pantas pemain-pemain muda Perak. Sehinggalah minit ke 54, Nurriduan Abu Hassan merekodkan gol kedua peribadi beliau berturut-turut selepas berjaya memperdaya Syed Adney menerusi sepakan percuma menarik. Keputusan kekal berpihak kepada Perak biarpun beberapa kali ATM cuba merobek gawang Perak tetapi digagalkan oleh Zamir Selamat yang cukup cemerlang pada malan ini.

Menariknya perlawanan pada kali adalah kematangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda. Biarpun tampak sedikit longgar di bahagian tengah, tetapi fokus dan kesungguhan serta kepantasan pemain menjadi nadi kepada pasukan untuk menyaingi lawan yang jauh lebih berpengalaman. Kini nama Fikri Sudin mula menjadi sebutan, yang mempamerkan mutu permainan yang cukup baik malah beliau hampir-hampir meletakkan Perak di depan namun bola tidak sempat menerjah jaring dan dikeluarkan pertahanan lawan. Beliau juga beberapa kali menghasilkan gerakan menarik melepasi pemain lawan.

Selepas ini, Perak perlu kekalkan momentum kemenangan ini untuk kekal konsisten. Jika tidak, perkara yang sama berlaku seperti musim-musim lalu akan berulang. Prestasi pemain import tidaklah begitu baik kecual Thiago Junio. Beliau cukup cemerlang di barisan pertahanan sementara Namkung Woong dan Chad Souza masih perlu diberi ruang untuk buktikan sesuatu.

Likes(11)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2015 | ATM vs Perak (result)

  1. YB

    Wowww..menang laaa... betoi kate nuarkama.. 0-2 larr.. pasni bole le yob nuar buat prediction lagi, kihkihkih, sehingga belum berlangsung perlawanan antara Kelantan vs Lion kedudukan teratas liga super milik Perak... Amboi makin ingke dan angkuh la PENJILAT PENJILAT pasni.. kahkahkah. Baru 2 game yob.. jgn jadi org sawan benor.. klu tak sebab keeper Zamir perform top notch mlm tadi mmg haup dah Perak. Game tah apa2 je.. dr bawah pump terus sampai depan. Takde buildup game langsung. Tapi apa nak buat.. tu je material yg kita ada. Pastu masukkan Haris Sapwan ganti Chad yg merapu tu..sudahnya dia pun keluor. Nampak semlm coach menjerit ke Haris bila tgk kawan tu berlenggang2 kangkung dlm padang... adehh.. Bobby mana? Itulah hikmah bila amik player2 injured dalam team. Bijak betoi org yg pilih player gini.. hadoilaaa...

    P/s: Cai cai pafa sila dislike komen teman neh.. syok plak byk dislike... kekekek

    Likes(16)Dislikes(21)
  2. angahbg

    menang mmg okay dan bersyukur dah... tapi mcm yb kata game play hancor la... harap tulio boleh masuk lepas ni bg game nampak tersusun sikit... sukri ngan nasir kat tgh mmg okay sbb midfield lawan nak buat game pon susah.... tapi tu la tak rasa bosan ke game semalam...

    Likes(9)Dislikes(0)
    1. YB

      Bosan apa yob? Teman siap tertido smlm.. kahkahkah.. terjaga terkejut dengor org sorak sebab gol kedua Nuri tuh... kikiki. Mike jgn kuat komplien sgt nanti cai2 penjilat marah woo... Tulio mmg di bayo utk rilek2 kot.. taktikal baru pafa la tu.. kohkohkoh..

      Likes(7)Dislikes(15)

Comments are closed.