Liga Super 2015 | ATM vs Perak (Preview)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

 

Sabtu, 14 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi

(LANGSUNG DI RTM TV1)

Selepas permulaan yang positif untuk musim 2015, Perak bakal membuat perhitungan seterusnya dengan ‘The Gladiators’ di Paroi. Semestinya, para penyokong mahukan sesuatu yang positif daripada perlawanan ini. ATM, pasukan yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman dilihat masih tercari-cari rentak dan gagal dalam misi pertama mereka musim ini apabila tewas di laman sendiri minggu lalu kepada Kelantan.

Jika disingkap kembali rekod perlawanan lalu, Perak telah mempamerkan mutu permainan yang cukup baik dan paling membanggakan adalah aduanan aksi pertahanan Import dan tempatan yang begitu serasi. Ianya bakal menjadi mimpi ngeri buat barisan serangan ATM yang jelas buntu dalam perlawanan lalu. Dato’ M Karuthu adalah watak penting untuk merencana aksi Sabtu nanti. Beliau yang sudah cukup faham dengan cuaca bolasepak Malaysia diharap dapat mengatasi segala kemungkinan yang dirancang pihak lawan yang di ketuai B Santhianathan.

Beraksi di laman lawan adalah agak sukar bagi Perak. Musim lalu, Perak agak bertungkus lumus untuk menang di laman lawan. Tidak dapat dipastikan apakah puncanya dan yang pasti pemain-pemain gagal mempersembahkan aksi terbaik mereka. Untuk musim ini, Perak perlu memulakan aksi di tempat lawan dengan keputusan positif, sekali gus mencetuskan impak yang bakal memberi kesan kepada perlawanan-perlawanan yang mendatang.

Barisan tengah Perak yang diketuai oleh Nasir Basharuddin bakal disaingi Shukor Jusoh manakala barisan pertahanan Perak bakal menerima serangan daripada Nor Sharul Idlan Talaha dan rakan-rakannya. Difahamkan, ‘Mat Yo’ masih belum cukup cergas untuk perlawanan ini selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan lalu. Tetapi, jika aksi di Ipoh lalu diulangi semula di Paroi, agak sukar untuk ATM menembusi kubu Perak.

Chad Souza, nama yang tidak asing bagi penyokong-penyokong bolasepak di Malaysia. Sebelum ini beliau dan Bobby Gonzales adalah mimpi ngeri buat pasukan lawan di Liga Premier. Gandingan mereka cukup berkesan. Adalah menjadi impian untuk melihat kelibat kedua-dua pemain ini beraksi kembali seterusnya mengegarkan jaring lawan dengan aksi-aksi yang membanggakan. Begitu juga Marco Tulio yang turut ‘disimpan’ akibat kecederaan. Kehadiran semula beliau kelak bakal memantapkan jentera tengah Perak.

Teruskan Perak. Kami mahukan Kualiti bukan Kuantiti. Kami mahukan yang poisitif.

Likes(11)Dislikes(4)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2015 | ATM vs Perak (Preview)

  1. YB

    Blom start liga import semua dah injed.. ater bajet rendah komisen tinggi gamaknya tu yg hawor je import.. harap local player je.. baik campak ke laut import gitu... ooop.. lupa.. import injed senang koje bole tuko lagi nanti... masyukkkk.. apapun teman ramalkan Perak kalah 3-0 perlawanan ni.. muktamad.. Cai2 sila dislike komen teman... muhahahaha.

    P/s: Apapun Matyo Tak Salahh...

    Likes(1)Dislikes(18)
  2. angahbg

    gameplay aritu teruk jugak... rasanya... nasib midfield sime darby pon tak berapa nak power.. mana ada sapa built up game lawan sime darby... tp yg main pon dua2 dmf mmg gitulah jadinya harap lepas nih marco tuilo boleh main baru lawa sikit gameplay....
    Nak tanya sikit antara Hakim Isa nga Sukri Hamid mana lagi berkenan
    kalau saya hakim isa tapi saya paham la kenapa DMK masukkan Sukri.. Dia ni rajin sikit kejar bola....

    Likes(3)Dislikes(0)
    1. YB

      Bior teman jawan mike...

      Setiap coach ada PHILOSOPYH tersendiri. Masing2 ada kehendak dalam mengatur bentuk dan cara permainan. Samada COACH nak merencana permainan mengikut MATERIAL yg dia ada ATAU dia berdegil hendakkan pemain mengikut RENCANA dia pulak. Jadi pada pandangan teman team yg ada himpunan pemain yg berkaliber mcm JDT lebih memudahkan COACH merencana banyak pilihan taktikal berbanding team himpunan pemain sampah. (Tanpa merujuk memana team). Jadi boleh tak mike bayangkan apa yg di kepala Coach Karatu bila dia handle team dgn pemain yg bukan dia pilih dan kualitinya pula ada yg meragukan? teman biorkan mengkome pikior pulak...

      Likes(1)Dislikes(9)
      1. angahbg

        Nak buat mcmmana dia dah terima offer... Nak taknak kena la runsing2... Pressure pon xkuat sgt org dah dua musim ramal perak pasukan ke liga perdana

        Likes(1)Dislikes(3)
        1. YB

          Dato Karatu ialah sorang individu yg bekerja kerana minat.. dia nak bantu negeri dia sendiri tentulah dia terima walaupun serba kekurangan. Bab gaji dia bukan kisah sebab duit bukan yg dia kejar dlm hidup tapi kepuasan memberi tunjuk ajar dan membawa pasukan ke mercu kejayaan tu matlamat dia... soalnya skang adakah Perak ni cukup material utk Karatu adunkan jadi yg terbaik dlm liga super? Pandangan teman dlm 40% je..

          Likes(1)Dislikes(9)
  3. nuarkama

    Salam jumaat..

    Disebabkan YB dah ramal Perak kena 3-0..maka teman dengan rasminya meramalkan Perak menang 2-0 malam esk.

    p/s..kalah dah tentu menang belum tau..hik..hik

    Likes(6)Dislikes(0)
    1. YB

      Kihkihkih... kita bukan web bookie yob nak ramal2 ni.. tp belasah ajerlah.. buat penenang jiwa kalau kalah kan.. harap menang karang dia tumpo.. baik pasrah je.. kahkahkah

      Likes(1)Dislikes(7)

Comments are closed.