Info SDN | Selamat Datang Tahun 2015

Diimbas kembali prestasi Perak dimusim 2014, daripada 22 perlawanan Liga Super, hanya 8 kemenangan diraih sambil 2 kali seri dan 12 kali kekalahan direkodkan. Jelas menunjukkan kelemahan daripada segenap aspek. Tidak perlulah dihuraikan satu persatu kelemahan-kelemahan yang kita sendiri sudah sedia maklum, malah, ada yang sudah bertahun-tahun berlarutan kelemahan itu tanpa sebarang kesedaran dan perubahan.

Perak menjadi pasukan ke 9 terhebat di Malaysia daripada 12 pasukan yang beraksi dalam Liga Super 2014. Berdasarkan rekod sejak 2010, musim 2014 adalah musim paling banyak Perak menerima kekalahan. Antara faktor utama yang dikenalpasti adalah kebangkitan pasukan-pasukan dalam saingan musim 2014. Malang buat Perak kerana tidak mampu menyaingi pasukan-pasukan lain biarpun pasukan-pasukan itu sebelum ini dilihat agak kerdil.

Tahun 2015, menjanjikan ranjau yang berliku buat Perak. FAM bersetuju membenarkan 4 pemain import diturunkan sekali gus.Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap kualiti setiap perlawanan. Tetapi, ianya tetap ada masalah jangka panjang yang akan timbul tetapi, ianya bukan sesuatu yang kritikal kerana masih boleh diolah untuk kebaikan semua pasukan. Mahu atau tidak,pemain tempatan perlu meningkatkan keupayaan masing-masing untuk bersaing merebut kedudukan dalam kesebelasan utama.

Bagi Perak, musim 2015 perlu dilalui dengan lebih baik. Bermula dengan perancangan yang bijak dan strategi berkesan untuk melihat Perak kembali gah seperti dulu. Tetapi setakat ini, masih ada masalah yang belum diselesaikan dikala pasukan-pasukan lain sudah bersedia untuk mengharungi 2015. Tetapi, sebagai penyokong, kita hanya mampu berdoa semoga pihak pengurusan PAFA dibukakan pintu hati dan diberi kemudahan untuk uruskan pasukan dikala suara penyokong yang memberi pandangan dianggap salakan kosong.

Biarlah mereka ulangi kesilapan sama dari tahun ke tahun. Mungkin itu adalah sasaran mereka setiap musim. Pentadbiran dianggap terbaik kerana sering ulang perkara sama setiap tahun. Kita jangan salahkan pentadbiran PAFA, kerana mereka cuba melakukan yang terbaik dan kelainan untuk Perak. 2015 kita belum pasti berapa jenis jenama jersi yang akan dipakai dan berapa ramai jurulatih yang akan di’hired’.

Selamat berjuang PERAK FA 2015!

Likes(6)Dislikes(19)
This entry was posted in Liga Super 2015 and tagged on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Info SDN | Selamat Datang Tahun 2015

  1. YB

    Memey AAA la statment yang last tuh.. sakit perut baca dah macam 'punch line' ala Maharaja Lawak. Patut kena tambah situ.. semua sedia maklum bahwa sasaran utama Perak adalah KEKAL liga super untuk musim 2016 nanti. PERGHH... memang senang hidup la yetak itu je target setiap musim. Selamat maju jaya la PAFA... orang putih kate GOD BLESS YOU !!!

    Likes(4)Dislikes(16)
  2. active11

    Kelasss statement yang akhir tu! Saya sayang SDN...so saya bagi berbintang-bintang ;)
    Persiapan PERAK nampak gayanya gitu-gitu saje...barangkali ada rahsia dalam pasukan yang tak didedahkan...kalau terdedah, lauk jawabnya...

    Good luck for PERAK for new 2015 season...jangan terhumban ke dasar sudahlah..nanti jenuh nak contact Weigang balik..melukut di tepi gantang!

    Likes(0)Dislikes(15)
  3. Jaji

    Kalau tak silap teman, Perak berpegan kepada satu prinsip bahawa deme tidak akan mengambik pemain import yang sedang dimiliki oleh pasukan tempatan. Tub-tub deme ambik dua pemain import yang masih terikat dengan pasukan tempatan. Sorang dari Kedah dan sorang lagi dari PDRM. Macam mana ni. Sendiri buat prinsip, sendiri langgar prinsip. Ada sapa-sapa boleh bagi respon tentang perkara ini.

    Likes(0)Dislikes(11)
  4. angahbg

    Penyokong datang jugak stadium nak tunjukkan kesetiaan....kalo ikutkan keadaan mmg perak la feveret ke liga perdana sebab yang naik liga super PDRM ngan FELDA. Kalau musim depan pon Perak tak terkeluar lagi tak tau sapa la pulak nak seru.. season ni dah seru Sifu Weigang... apa pon kalau nak buat drama tentang perak apa tajuk yang sesuai ekk?

    Likes(0)Dislikes(9)
  5. haemo

    KENYATAAN KARATHU : BERITA HARIAN 2 JANUARI 2015
    Jurulatih baharu Perak Datuk M.Karathu belum berpuas hati dengan apa yang dilihat sepanjang 12 hari bersama pasukan The Bos Gaurus.Peluang menganalisis perlawanan dalam tiga perlawanan pemanas badan cukup untuk membuat jurulatih berpengalaman itu sedar apa yang perlu dilakukan."Perak dalam proses pembentukan semula pasukan kerana terdapat ramai muka baharu termasuk pemain muda.Jadi buat masa ni kami sedang berusaha meniingkatkan nilai-nilai profesional dalam diri pemain muda ini.Komitmen pemain belum cukup bagus.Untuk bermain dalam Liga Super tidak cukup dengan hanya aksi 60-70 peratus"
    Sasaran dalam Liga Super nanti,Karathu berkata matlamat utamanya ialah MEMPERTAHANKAN kedudukan pasukan Yob dalam Liga Elit itu.

    Likes(4)Dislikes(0)
  6. YB

    Sejak bila ramai PENJILAT PAFA baca dan dislike SDN ni? Kahkahkah... JILAT YOB JILAT sampai licin.. kahkahkah kahakkktui..

    Likes(0)Dislikes(7)

Comments are closed.