Monthly Archives: December 2014

Info SDN | Selamat Datang Tahun 2015

Diimbas kembali prestasi Perak dimusim 2014, daripada 22 perlawanan Liga Super, hanya 8 kemenangan diraih sambil 2 kali seri dan 12 kali kekalahan direkodkan. Jelas menunjukkan kelemahan daripada segenap aspek. Tidak perlulah dihuraikan satu persatu kelemahan-kelemahan yang kita sendiri sudah sedia maklum, malah, ada yang sudah bertahun-tahun berlarutan kelemahan itu tanpa sebarang kesedaran dan perubahan.

Perak menjadi pasukan ke 9 terhebat di Malaysia daripada 12 pasukan yang beraksi dalam Liga Super 2014. Berdasarkan rekod sejak 2010, musim 2014 adalah musim paling banyak Perak menerima kekalahan. Antara faktor utama yang dikenalpasti adalah kebangkitan pasukan-pasukan dalam saingan musim 2014. Malang buat Perak kerana tidak mampu menyaingi pasukan-pasukan lain biarpun pasukan-pasukan itu sebelum ini dilihat agak kerdil.

Continue reading

Likes(6)Dislikes(19)