Umum | Warm Welcome To Vjeran Simunic

simunic1

Nama: Vjeran Simunic

Asal: Croatia

Usia: 61 Tahun

Pasukan Terdahulu: Brunei Darussalam(2013-2014) dan HNK Segesta (2014)

Pencapaian Terbaik: Jurulatih Terbaik S-League 2012

PAFA telah mengesahkan bahawa individu yang dipaparkan di atas sebagai Ketua Jurulatih yang baharu untuk Perak mengharungi Liga Super 2015. Beliau adalah Vjeran Simunic dari Croatia yang dilihat bakal mencetuskan impak baharu untuk pasukan Perak.

Cukup dengan apa yang berlaku sebelum ini, dengan masalah pemain datang dan pergi,masalah dalaman PAFA dan langkah drastik ini dipuji sebagai langkah awal untuk menuju musim baharu 2015.

Berdasarkan rekod beliau selaku Jurulatih Profesional, beliau telah membimbing 20 lebih pasukan sejak 1994 iaitu tahun pertama beliau terlibat dalam bidang kejurulatihan. Sikap semulajadi beliau yang gemarkan cabaran mendorong beliau untuk bertukar-tukar pasukan. Selain itu, beliau juga tegas dalam membimbing pasukan dan diharapkan agar pemain-pemain Perak dapat menyerap corak kejurulatihan beliau yang bakal memberikan cabaran baharu kepada mereka nanti.

Vjeran Simunic juga cukup popular di Brunei dan dikatakan sebagai pencetus fenomena baharu kepada bolasepak Brunei apabila beliau berjaya membawa pasukan Kelab DPMM Brunie mengharungi Liga Singapura pada tahun 2012 sekali gus beliau dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Liga Singapura pada tahun berkenaan. Ketika itu, beliau ditakrifkan sebagai ‘gila’ kerana berani dan lantang dalam mencatur strategi. Selepas berjaya bersama DPMM Brunei, Persatuan Bolasepak Brunei dengan rasminya melantik beliau sebagai Jurulatih Pasukan Kebangsaan Brunie Darussalam pada tahun 2013 dan selepas itu Vjeran Simunic kembali ke tanahairnya pada awal 2014 untuk membimbing Kelab HNK Segesta selama beberapa bulan dan kini bersama Perak FA dengan kontrak 2 tahun berjaya diikat.

Sesungguhnya, dalam setiap perkara pasti ada pro dan kontranya. Dalam hal ini, juga tidak terlepas daripada perkara itu. PAFA perlu sedar akan risiko yang bakal dihadapi nanti. Apakah jenis risikonya nanti? Sudah semestinya PAFA sudah bersedia untuk menghadapinya. Para penyokong Perak sudah semestinya mahukan perubahan di musim baharu 2015 nanti. Adakah Vjeran Simunic berjaya mengembalikan kegemilangan Perak? Apakah KPI PAFA pada musim hadapan? Sama-sama kita nanti.

Likes(20)Dislikes(8)

3 thoughts on “Umum | Warm Welcome To Vjeran Simunic

  1. haemo

    permulaan 2015 yang baik..cari jurulatih dulu bru cari pemain..harap xde tangan2 yang mengganggu proses pemilihan pemain,taktikal pasukan..PENGURUSAN hanya perlu melabur,sediakan yang terbaik.

    Likes(4)Dislikes(0)
    1. YB

      Langkah tu dah betoi yop.., tp yg dicari tu JURULATIH ke JURULETIH? ada buat study ke dia ni sape? Ngape sampai berpuluh kelab dia kuar masuk sepanjang karier? Adakah dia terlampau BERVISI ataupon dia BERHALUNISASI? Pandangan teman yg cetek ni peratusan tinggi utk yg KEDUA tuh... apapun kena tunggu jugak la kan hasilnya sebelum mengomen. Harap tak jadi mcm EX Coach Malaysia dulu yg BEREXPERIMENT tak abih2 sampai kesudah...

      Likes(5)Dislikes(0)

Comments are closed.