Piala Malaysia 2014 | Kedah vs Perak (result)

sdn pm 14

Rabu, 3 September 2014
8.45 Malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kedah 2- 0 Perak

Perak yang sebelum ini gah menerajui takhta Kumpulan B, kini hilang peluang sekelip mata hanya kerana tewas di perlawanan terakhir. Mula timbul persoalan, apa masalah sebenarnya?

Ternyata para penyokong tidak berpuas hati dengan perkembangan ini. PAFA perlu menjawab dengan teliti tentang apa yang berlaku. Ini bukan kali pertama. Tahun lalu inilah situasinya.

Perak yang berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan di babak pertama yang kemudiannya dikejutkan dengan gol pembukaan di minit ke 71 oleh Billy Mehmet melalui tandukan cantik. Selepas itu, Baddrol Bakhtiar menambah gol Kedah 3 minit kemudian untuk mengesahkan Kedah ke suku akhir Oktober nanti.

Selepas ini Perak boleh berehat panjang dan merencana aktiviti tahun 2015 dengan baik agar masalah tahun ini tidak berulang. Tiada lagi masalah seperti pelancaran jersi. Jersi yang bertukar-tukar jenama. Diharapkan isu remeh begini tidak lagi timbul di musim hadapan.

Likes(16)Dislikes(5)

14 thoughts on “Piala Malaysia 2014 | Kedah vs Perak (result)

  1. man07

    Dh bleh agak jalan cerita utk musim 2015 nanti antaranya:
    1) masalah sponser jersey pasukan
    2) pemilihan import yg lewat n akhirnya tangkap muat cm popovic,karim,terkes n sbgainya
    3) kemungkinan 2-3 org key player musim ni akan angkat kaki gi team lain
    4) pemain2 yg tak patut kekal akan terus kekal
    5) janji2 manis akan terus ditabur utk sedapkan hati peminat

    Likes(9)Dislikes(0)
  2. belanak

    Sedih? Marah? Geram?...

    Memang tidak dapat digambarkan lagi pada perlawanan terakhir mlm tadi...

    Segalanya nampak hampeh dan tidak bermaya... Seolah-olah tiada hati nak ke suku akhir... Tidak tahu lah apa perasaan deme-deme semua tu...

    Nampaknya skrip tahun ini sama seperti tahun sebelum nya... Gah di awalnya dan terkulai di akhir perlawanan... Akhirnya kita tersungkur!

    Tiada lagi apa yang nak diperkatakan seandainya semangat juang dan semangat halal tiada dlm pasukan... Kempunan lagi tahun ni...

    Jumpa lagi tahun hadapan.... Mungkin kah jalan cerita nya sama? Hanya konco-konco mereka yang tahu!

    Takbir... Allah Maha Besar!

    Nota kecik: Insaf lah bagi mereka yang belum sedar... Hidup ini biar lah dengan cara yang halal dan diredhai Allah...

    Likes(6)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Daripada pengamatan teman melalui kaca tv, kedua-dua gol adalah berpunca daripada kesilapan Partiban yang begitu mudah dikelecek (dia terkial-kial merebut bola) dan pemain Kedah terus saja membuat hantaran atau menembak dari jarak jauh. Teman tak paham kenapa si Partiban ni diturunkan menggantikan Hafis Ramdan. Banyak lagi pemain lain yang lebih bagus daripada Partiban. Goli pun begitu juga. Kenapa diturunkan goli Ketiga. Adakah Burn masih lagi membuat eksperimen di perlawanan penting seperti ini???

    Likes(2)Dislikes(0)
  4. YB

    Tahniah la Perak sebab kalah game ni dengan cara yang memualkan. Persembahan secara keseluruhan sebijik mcm cerita drama melayu yg cukup klise. Tahniah juga pada management Pafa dr Presiden sampai ke bawah dek berjaya mengekalkan pasukan Perak dlm Liga Super tempohari dan terselamat dr Liga Premier. Lepas ni kita dah tau la apa KPI pasukan Perak iaitu elakkan diri dari Liga Premier sesaje setiap tahun. Memang senang banyak la hidup dgn KPI gitu ye tak?. Dah brape tahun gagal pengurusan kali ni berbanding pengurusan dulu di tahun 2009/2010?.

    Bak kate sorang sahabat teman, kalau ginilah cerita dan kesudahan pasukan Perak saban tahun adalah lebih baik kalau kita bagi saja pengurusan dan pentadbiran Pafa kepada JKKK kampung atau PIBG sekolah memana sekitar Perak utk diuruskan. Sekurang-kurangnya penyokong dan peminat faham kemampuan pengurusan dgn prestasi pasukan seimbang.

    Apa yg boleh teman katakan ialah Pengurusan bolasepak Perak yg kini memegang tampuk kuasa dari pengurusan terdahulu pada 2010 adalah GAGAL!!!. Tak kiralah sekali, 2 kali, 3 kali atau 4 kali ianya tetap GAGAL, GAGAL, GAGAL DAN GAGAL!!!.

    Akhir kata dari teman yg BUTA bolasepak Malaysia ni, Kalau ginilah yg mengkome katakan Percubaan Terbaik yg mampu dilakukan utk bolasepak Perak?, adalah lebih baik mengkome dalam Pafa tu letak ajerlah jawatan. Jangan malukan orang Perak sampai tahap hilang maruah diri. Insaflah....insaflah... masih belum terlambat utk bermuasabah diri.

    Likes(8)Dislikes(1)
  5. angahbg

    dah berapa tahun dah perak tak menang apa2 yer... prospek masa depan dah ada tapi tgok arsenal je la prospek sajer tak cukup kita kena ada jugak sorang dua top player dalam liga baru boleh menang satu piala nak tgok pemain dalam pasukan perak yg paling baik adalah nasir kalaulah nasir boleh improve passing dia lah defensif midfileld terbaik dalam malaysia nih... rasanya striker dah boleh angkat khairul asyraf jgn tunggu lama2 nnti lari macam syamil khairi tuh...

    Likes(6)Dislikes(0)
  6. syidi Post author

    Salam. Pada hakikatnya PERAK tidak layak untuk pergi jauh dalam Piala Malaysia atas sebab-sebab munasabah berikut:

    a. Perak tiada ciri-ciri sebuah pasukan Bolasepak yang sempurna. Cuba bandingkan dengan pasukan lain. Tidak perlu pasukan hebat , bandingkan dengan Felda United. Itu sudah memadai. Mereka sanggup berbelanja besar untuk dapatkan kualiti. Tidak harianlah mereka dapat kalahkan Pahang yang hebat untuk berada di atas. Disamping itu, pemain import yang cukup berkesan dapat mereka cari. Sedangkan Perak asyik bertukar2 import yang mencerminkan tahap profesionalisme dan kepakaran pihak yang memilih.

    b. Pentadbiran PAFA yang tidak sempurna. Barisan staf dalam PAFA sendiri seolah-oleh 'unconcern' dengan perancangan. Seolah2 gagal merancang sesuatu yang penting dengan sempurna. Penaja jersi keramat yang menjadi trade mark pasukan berubah2 dan mengelirukan penyokong. Masalah yang tidak pernah berlaku dalam bolasepak Malaysia melainkan ianya mungkin perkara biasa berlaku dalam pasukan bolasepak kelas bawahan yang hanya beli jersi dan cop nombor dan nama. Selain itu, perancangan aktiviti seperti Majlis2 penting untuk menghargai pemain dan pasukan seperti memperkenalkan pemain dan pengurusan pasukan juga dilihat tidak seperti pasukan lain. Pernah suatu ketika tiada langsung pelancaran jersi pasukan. Tidak perlulah diceritakan lagi. Cukup jika kita tahu bahawa PAFA dirundung masalah yang tidak tahu siapa yang harus dipertanggungjawabkan.

    c. Sebuah pasukan yang hebat memiliki kesempurnaan dari segenap aspek. Samada permainan dan pentadbiran. Liga Super 2014 adalah yang terburuk buat Perak. Dianggap hebat kerana berjaya selamatkan pasukan daripada jatuh ke Liga Perdana? Adakah itu sasaran Perak? Sekali lagi pentadbiran dipertikai. Mana perancangan hala tuju? hala tuju setiap pertandingan. Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Sepatutnya diawal musim sudah boleh umumkan KPI setiap pertandingan. Biarlah ianya dianggap janji kosong tetapi bermatlamat. Tidak hanya bermain sehabis baik dalam setiap perlawanan tetapi tiada matlamat asas. Konsistensi prestasi turun naik seperti roda. Tewas dengan pasukan lemah. Sesuatu yang sukar diterima. Adakah PAFA mengamalkan cara memantau prestasi pasukan lain? Adakah mereka menghantar seseorang untuk merisik pasukan lawan bagi mengkaji kekuatan dan kelemahan sebelum bertemu dalam perlawanan seterusnya?

    Rasanya cukup setakat itu. banyak lagi point untuk kita betulkan. Dalam situasi sekarang, Perak perlu ikut perkembangan semasa. Keadaan sekarang sudah berubah, semua pasukan sibuk menguatkan ketumbukan pasukan mereka dan berbelanja besar, seperti JDT, tidak hairanlah mereka kini jadi bualan sesiapa sahaja. Ini secara tidak langsung mempengaruhi persiapan pasukan lain yang terpaksa cuba menandingi JDT dari segenap aspek termasuk menilai semula kualiti yang ada,, adakah setara atau kurang daripada pasukan lain.

    Likes(5)Dislikes(2)
    1. Jaji

      Best le ulasan panjang lebor, Saudara Shidi. Kalau le pihak yang berkenaan (terutamanya PAFA) membaca fakta yang mike highlight kan dalam artikel ini, sudah pasti deme terasa akan sindirannya dan berazam untuk berbuat sesuatu bagi mengembalikan kegemilangan pasukan Perak. Tapi malang, deme buat pekak badak aja. Entah bila le kita dapat tengok Perak berada semula di tahap sebuah pasukan yang digeruni oleh pasukan lain. Sepatutnya bila tengok Perak gagal ke peringkat kalah mati pada musim ini. cepat-cepat le individu tertentu dalam pengurusan Perak berasa bertanggungjawab di atas musibah yang menimpa dan seterusnya dengan rela hati melepaskan jawatan masing-masing sebab tidak mampu lagi memikul tanggungjawab yang diberi dan menyerahkan kepada orang laain pula untuk mengambil alih pengurusan pasukan Perak.

      Likes(2)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        In Shaa Allah. Teman cuba sampaikan kepada PAFA perkara ini. Kita cuba sampaikan maklumat saja. Tindakan ke atas maklumat adalah bergantung kepada PAFA samada buat pekak atau sebaliknya.

        Likes(4)Dislikes(0)
  7. nuarkama

    Salam warga SDN...

    Tahniah kepada pasukan perak dan pihak pengurusan tertinggi kerana berjaya mengelak dari terjerumus ke liga perdana sekaligus layak bersaing di Liga Super 2015..Untuk Piala Malaysia kita berjaya sekali lagi buat kali ketiga untuk menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini kerana kita membuat pertukaran pemain dan penasihat teknikal beberapa kali..
    Hari ini seperti dijangka PAFA mengumumkan beberapa nama pemain untuk digugurkan dan perancangan untuk mengambil player import yang mana dato azhar sendiri akan turun padang untuk mengelak kejadian pemain import tak berkualiti berulang.
    selain itu pemilihan pemain di kalangan pemain tempatan juga kan dibuat untuk memberi nafas baru di dalam skuad perak.
    Teman beranggapan tiada masalahnya pemilihan seperti ini dibuat kerana secara lazimnya untuk pemilihan pemain-pemain yang lepas juga dibuat dengan cara yang sama.
    Tetapi bukankah lebih baik jika pengurusan dah ada list pemain untuk dilamar or dipancing. Teman tak nafikan langkah pafa menurunkan pemain muda mendapat pujian banyak pihak. Mungkin belum tahunnya kita menuai hasil atas usaha kita memperkenalkan pemain muda.
    Sekiranya kita sudah ada perancangan pemain yang berkualiti dan berkaliber untuk dilamar dan diserap kedalam skuad 2015 tak perlu la kita terkial-kial mencari rentak seperti tahun ini.
    Bukan perlu canang merata kita nak ambil player mana tapi at least habis je kempen piala malaysia kita dah ada senarai pemain yang bagus untuk dibentuk. Kalau pemain-pemain hasil pemilihan dari liga daerah atau kampung yang kita harapkan untuk menjelmakan piala hasilnya tentulah bukan serta merta. Ini Liga Super..yang mana kualiti pemain itu bukan yang biasa-biasa atau taraf amatur.
    Pihak pengurusan perlu faham penyokong yang membeli tiket tu bukan dari Ipoh sahaja.Mereka datang dari sepelusok Malaysia hanya sebab nak tengok pemain Perak beraksi. Tapi kalau aksi yang dihidangkan biasa-biasa je..tak kemanalah skuad perak untuk tahun yang berikutnya. Maka janganlah kita bising-bising nak beritahu dekat pres or suratkhabar macam kita ni dah ada skuad lengkap. Buat malu jer yop..
    Malas nak merapu panjang-panjang kat sini..kita nengokkan ajer macam mane ruper skuad Perak nanti.

    Likes(3)Dislikes(1)
  8. haemo

    meh teman ajor taktikal yg teman rase bleh pakai mase lwan kedah aritu khas buat Burn,Alves n Pengurusan..walaupun game tu dah lame berlalu n dah x layak pun..tp dlm kepala teman ni msih terbayang corak permainan yang bukan taraf piala malaysia.lpas hafiz ramdan injured kome patutnye masukkn hakim isa bkanye partiban(x yah guna pakar taktikal klu yg main n yg masuk same position). ltakkan hazrul kt tmpat hafiz..acey ltak stopper n idris main tmpat hazrul..kan perubahan taktikal tu...lpas tu plak kuarkn tuah masukkn player yg x pnah main pun dlm liga super..ape hal?ke korng mmg nak kalah?nape x masukn rafi yg mmg org dah tau corak prmainan keras die..last substitute..nazri kamal?ape function die utk game sblm2 ni..tang mane hntaran die yg boleh mmbuatkan player lain buat gol..nape perlu kluarkan ridzuan?ape lg yang kome nak kencing utk 2015 nnti....

    Likes(4)Dislikes(1)

Comments are closed.