Piala Malaysia 2014 | Kedah vs Perak (preview)

sdn pm 14

 

 

 

 

Rabu, 3 September 2014
8.45 Malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Perak telah memilih jalan ini. Jalan yang agak sukar untuk mara ke suku akhir ketika Kedah dan Terengganu turut berpeluang untuk mara.

Tidak perlulah kita huraikan mengapak situasi sukar ini boleh berlaku. Sebaliknya, malam esok penentu segalanya. 3 mata wajib di Alor Setar nanti. Diimbas ketika perlawanan di Kuching lalu, Abu Bakar Fadzim dengan beraninya mempertaruhkan pemain-pemain muda digandingkan bersama pemain import yang menyaksikan satu gol berjaya dihasilkan.

Ini adalah faktor utama yang perlu dirisaukan oleh Kedah. Perak tidak peduli siapa yang bermain demi 3 mata. Sesiapa sahaja yang bermain, momentumnya tetap sama. Diharapkan agar barisan muda dikekalkan bagi memastikan persaingan dengan pihak lawan yang beraksi dengan sedikit tekanan di laman sendiri.

Adakah The Bos Gaurus mampu menyaingi kekuatan Kedah di Alor Setar? Sama-sama kita nantikannya malam esok.

Likes(11)Dislikes(1)

4 thoughts on “Piala Malaysia 2014 | Kedah vs Perak (preview)

  1. Raul hashim

    SALAM KEMAHIRAN

    MISI WAJIB KENA MENANG UNTUK MENJADI JUARA DAN SETERUSNYA BERTEMU PASUKAN KELANTAN DI PERINGKAT SUKU AKHIR NANTI..PEMAIN KENA BERJUANG HABIS-HABISAN..ANDAI TERENGGANU MENANG, PERAK KALAH MEMANG MALAPETAKA UNTUK TEAM KITA SETELAH SEBULAN DUDUK DI ATAS TIBA2 MENJADI PASUKAN YANG TERSINGKIR..KALAU PERAK KALAH MALAM NI, SEMUA PEGAWAI SAMPAI KETUA JURULATIH KENA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK UNDUR DIRI.SEKIAN.ADA UBI ADA BATAS PERAK MENANG TANGGA TERATAS.

    Likes(2)Dislikes(0)

Comments are closed.