Piala Malaysia 2014 | Terengganu vs Perak (result)

sdn pm 14

Sabtu, 23 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Terengganu 2- 1 Perak

Kesebelasan Utama:

Razi Effendi Suhit
Hisyamudin Shaari
Raffi Nagorgani
Mohd Idris
Tuah Iskandar
Ridzuan Azly
Mohd Nazri Kamal
Nasir Basharuddin
Marco Tulio
Abdulafees Abdussalam
Milan Purovic

Ini adalah senarai kesebelasan utama Perak malam tadi. Dua nama yang sebelum ini tiada dalam kesebelasan utama sebelum ini diturunkan. Jadi, kita fikirkan sejenak, apakah percaturan sebenarnya?

Mohd Nazri Kamal bandingkan dengan Hafiz Ramdan atau Partiban?

Hilang 3 mata di Kuala Terengganu bakal menjebakkan Perak ke laluan berliku selepas ini? Apakah skrip musim lalu bakal berulang? Mengapa prestasi Perak asyik jatuh jika bermain di gelanggang lawan? Ramalan sebelum ini bahawa Perak bakal ketinggalan dengan gol awal pihak lawan juga benar biarpun Nasir Basharudin berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas itu.

Babak kedua ceritanya sama. Perak gagal mencari gol. Sebaliknya tuan rumah berjaya mendapatkan apa yang dicari. Rekod dalam saingan Liga Super April lalu gagal diulang. Adakah Perak memandang rendah kepada lawan? Apakah alasan PAFA?

Ciri-ciri sebuah pasukan yang kuat seolah-olah belum cukup buat Perak. Gagal mendapatkan jaringan kemenangan disaat ketinggalan. Percaturan Abu Bakar Fadzim dan penasihat teknikal baharu juga mula dipertikaikan. Sukar jika kita asyik mencatur pasukan sendiri tanpa memikirkan kekuatan dan kelemahan musuh. Inilah hasilnya. Ingat, selepas ini adalah dua perlawanan di tempat lawan dan satu sahaja di laman sendiri. Pilih antara dua, samada laluan mudah atau laluan berliku? Hasilnya juga ada dua, antara layak ke suku akhir atau tersingkir.

Likes(10)Dislikes(1)

11 thoughts on “Piala Malaysia 2014 | Terengganu vs Perak (result)

  1. putra idris

    burn ni wat perangai lama masa ni gatal nak berxperimen turun player x bagus walhal ada player lain yg lebih baik patut diturunkan.c rafi ni belum berpengalaman jadi anak emas walhal ada syazwan aka atong boleh menjadi defend.

    Likes(4)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Admin memang dah agak akan berlaku sesuatu selepas 2 perlawanan cemerlang. Ingat kita ni tunggul ke bodoh tak pandai tengok bola. Nak tipu budak sekolah rendah boleh le kot. So. Kasi hentam . Biar diorang fikir balik .

      Likes(6)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Bagi teman, bior le kita kalah awal asalkan kita menang di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan seterusnya Akhir. Jangan jadi Negeri Sembilan pada tahu 2000 dulu. Pasukan itu tidak peronah kalah di semua peringkat. Tapi ia kecundang pada perlawanan Akhir di tangan Perak. Endak ke kome macam tu. Kita kalah di tempat lawan dan masih berada di atas dalam carta atas perbezaan gol. Cuba kome tengok pasukan Pahang malam tu, Dia kalah di tempat sendiri dan jatuh ke tangga kedua carta dan diambilaleh oleh pasukan yang mengalahkannya, Felda United. Maknanya pasukan Perak masih lagi di landasan yang betul untuk bergelar juara Piala Malaysia tahun 2014. Ate damai-damaikan le hati mengkome melihat akan situasi ini. Kata Mat Salleh, "Takes thing easy". Jangan cepat sangat mlenting dan menyalahkan pihak-pihak tertentu. Belum masanya lagi kita berbuat demikian. Kita terus doakan yang terbaik buat pasukan kesayangan kita, The Bos Gaurus dan memberikan sokongan yang padu.

    Likes(6)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Nak ajar mereka mereka semua untuk tidak selesa dengan kesenangan dan tidak ambil mudah semua kelemahan.

      Tahun lepas ini lah rupa prestasinya. Masuk pusingan kedua hancor

      Likes(4)Dislikes(0)
  3. belanak

    Adakah ini permainan dan masih lagi satu percubaan untuk mencari keserasian? Mungkihkah skrip sudah tersedia dan hanya pelakon melakonkan apa yang sudah disediakan...

    Kita serahkan sahaja kepada mereka... Kita di sini teruskan berdoa yang terbaik... Andai untung sabut, timbul lah ia... Namun begitu jika sebaliknya... Pasrah lah kita...

    Apa2 pun... Kita harapkan yang terbaik dan semoga kita akan mencapai piala pada kali ini... Dah lama sangat kita tidak mendakap piala unggul...

    Semoga sinar keikhlasan ada pada semua pemain dan pegawai... InsyaAllah kita akan berjaya...

    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(5)Dislikes(0)
  4. angahbg

    Saya ralat jugak dgn pemilihan nazri kamal.... kalau nak ikotkan prestrasi baik la parthiban je yg turun.... kita bersangka baik la mungkin dia masa training sungguh2 displin tip top sampai coach rasa bersalah dia tak diberi peluang.... kalo btul dia mmg sungguh2 elok rasanya tukar posisi la.... dia x sesuai main attacking role...

    Likes(2)Dislikes(1)
    1. syidi Post author

      Nak ajar mereka mereka semua untuk tidak selesa dengan kesenangan dan tidak ambil mudah semua kelemahan.

      Tahun lepas ini lah rupa prestasinya. Masuk pusingan kedua hancor

      Likes(2)Dislikes(0)
  5. YB

    Pada teman nazri kamal ok la jugak sebab ada attacking minded termasuk defensive ability. Dia top scorer Perak musim 2010 dulu. Budak Partiban tu harap laju meluncur tapi bila terlucut bola dia buat apa?. Dlm bolasepak moden kalau bole pemain tengah kena ada ability utk defensive dan jgn harap defensive midfielder semata2. Pemain sayap kena ada kemampuan naik dan turun dgn pantas disamping mampu mencuri bola dr kawalan pemain lawan barulah team mantap. Zaman ni pemain Side Back pun kena support sampai atas utk buat hantaran dan kembali ke pertahanan dgn pantas jika diserang. Apatah lagi klu pemain tgh... takkan dok nganga saja tunggu bola? Letih le kengkawan lain yob.

    Likes(4)Dislikes(1)

Comments are closed.