Piala Malaysia 2014 | Sarawak vs Perak (preview)

sdn pm 14

 

 

 

 

Sabtu, 30 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Negeri, Kuching

Musim lalu, Sarawak mengaibkan Perak 6-1 di Kuching. Itu kisah Piala Malaysia 2013. Selepas itu, Perak terus dirundung malang di Bumi Kenyalang apabila sekali lagi tewas 1-0 di gelanggang yang sama dalam saingan Liga Super 2014 15 Feb 2014.

Dalam perlawanan lalu, Perak berjaya mendapatkan satu mata sebaliknya Sarawak pulang dari Alor Setar dengan tangan kosong apabila tewas 2-1 kepada Kedah. Semestinya, Skuad Bujang Senang akan membaham Sang Seladang di Kuching untuk mencari mata berharga untuk menghidupkan peluang mara ke Suku Akhir. Namun begitu, malang menimpa Sarawak apabila 2 pemain utama mereka digantung perlawanan gara-gara kad merah yang dikutip dalam aksi lalu.

Perak harus mempergunakan ketempangan pihak lawan ini untuk memburu 3 mata berharga untuk memastikan kemaraan ke peringkat seterusnya. Tetapi, timbul sedikit kegusaran jika dilihat kepada prestasi Perak di laman lawan. Ditambah lagi dengan prestasi semasa yang agak menurun selepas perlawanan menentang Terengganu tempohari apabila gagal menghasilkan kemenangan di Ipoh.

Sebaiknya, di Kuching esok Perak perlu menurunkan barisan yang lebih segar. Pemain-pemain muda harus dipeluang untuk beraksi kerana mereka hanya memerlukan peluang untuk beraksi bagi membuktikan kemampuan mereka. Antara yang dicadangkan untuk diturunkan adalah:

a. Norhakim Isa
b. Ahmad Sukri Hamid
c. Khairul Asyraf Sahizah

Sementara Hafiz Ramdan dan Ridzuan Azly Husam dikekalkan di posisi sebelum ini. Khairul Asyraf pula sesuai untuk mengambil tempat Milan Purovic jika perlu. Manakala Norhakim Isa dan Ahmad Sukri Hamid boleh diturunkan antara duanya digandingkan bersama Marco Tulio dan Nasir Basharuddin. Namun begitu, itu bergantung kepada keputusan akhir oleh pengendali Perak.

Jika diperhatikan, corak permainan Norhakim Isa dan Ahmad Sukri Hamid dilihat agak berbeza. Norhakim Isa boleh dikatakan seorang pemain yang memiliki ‘attacking minded’. Manakala Ahmad Sukri Hamid ‘ball winner’ yang sesuai dimainkan sebagai ‘defensive midfielder’. Jika salah seorang mereka diturunkan, maka formasi 4-5-1 amat relevan untuk Perak, dengan Milan Purovic atau Abdulafees sebagai ‘single striker’ manakaladi bahagian tengah ada 3 pemain iaitu Nasir Basharuddin, Ahmad Sukri Hamid/Norhakim Isa dan Marco Tulio (Attacking Midfielder). Sementara sayap kiri/kanan kekal seperti sebelumnya.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan Abu Bakar Fadzim dan Divaldo Alves untuk mencaturkan segalanya demi 3 mata untuk Perak. Kegagalan mendapatkan mata bakal mengundang sukar buat Perak seperti tahun sebelumnya. Cemerlang di pusingan pertama dan gagal di pusingan kedua akhirnya gagal ke suku akhir seterusnya mengecewakan para penyokong Perak.

Likes(6)Dislikes(1)