Piala Malaysia 2014 | Perak vs Terengganu (result)

sdn pm 14

Rabu, 27 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 1 – 1 Terengganu

Nasib kurang baik untuk Perak dikala 3 mata sudah terbayang digenggaman tetapi diragut oleh Ahmad Nordin yang menolak mudah jolokan Nor Farhan Mohamad.

Perak yang turun tanpa penjaga gol utama, bermula dengan baik biarpun Terengganu cuba merobek gawang Perak pada satu ketika. Kecemerlangan Penjaga Gol Perak menidakkan percubaan-percubaan merbahaya Terengganu.

Tiada gol terhasil dibabak pertama. Babak kedua, hasil kerja keras pemain-pemain Perak, akhirnya diminit ke 48, hantaran silang Hafiz Ramdan tertampan oleh Vincent Bikana untuk gol pertama Perak. Selepas itu, Perak disajikan dengan beberapa peluang antaranya ialah hantaran silang Hafiz Ramdan yang disambar Milan Purovic digagalkan oleh Sharbini Alawi yang juga cemerlang dalam perlawanan ini.

Ternyata, Terengganu buntu dengan corak permainan hantaran jauh yang mudah ditangkis Pertahanan Perak yang diketuai oleh Hisyamuddin Shaari. Selepas itu, Terengganu mula mencuba corak permainan hantaran pendek untuk melepasi pertahanan kental Perak. Beberapa gerakan berjaya dihasilkan melalui hantaran rendah yang merbahaya dan menembusi benteng Perak.Hasilnya, dihujung babak kedua, dikala Perak sudah mula memperlahankan corak permainan, Nor Farhan dengan mudah menolak bola kepada Ahmad Nordin yang gagal dihalang pertahanan Perak untuk gol penyamaan perlawanan.

Secara keseluruhannya, Perak bermain dengan baik tetapi buntu apabila mendapat peluang melakukan jaringan. Gagal memanfaat peluang terhidang membuat Perak kecewa kerana gagal mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan B. Selepas ini, Sarawak menanti kehadiran Perak. Perak wajib menang untuk memastikan peluang ke suku akhir.

Likes(4)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Malaysia 2014 | Perak vs Terengganu (result)

  1. angahbg

    Jgn jadi mcm taun lepas sudah la.. haha... ridzuan azli x boleh crossing la.... baik dia potong masok dlm score je la... hafiz ramdan matang corak permainan walaupon baru main...kalau nasir boleh kemaskan passing dia mmg dia top la kat malaysia nih...
    Mana khairul asyraf bg la dia main... lagi satu power jugak keeper mlm nih.... hakim isa cepat la fully recover balik... gud luck di kuching....

    Likes(2)Dislikes(2)
  2. Spectator

    Salam 1 malaysia.....

    Permainan pasukan nampak baik tapi belum boleh dikatakan cemerlang kerana hanya ada beberapa perkara yang perlu jurulatih perbaiki,antaranya memastikan latihan diberikan kepada barisan pemain dapat mengawal bola dan melakukan hantaran yang tepat kepada rakan....dan yang paling membimbangkan dimana barisan pemain muda seperti Ramdhan jelas memiliki larian yang laju cuma tidak dapat menggunakan kebijaksanaan dalam melakukan tugasan antaranya ketika didalam kawasan kotak D beliau harus menghantar bola kepada rakan untuk menjaringkan gol....

    Pelik bin Hairan dimana masalah yang sama berlaku dalam pasukan Perak iaitu di posisi serangan(penyerang),sangat tumpul yang diketuai oleh Milan Purovic,mungkin malang buat dirinya pada perlawanan kali ini.beliau seharusnya dikeluarkan apabila 3 ke 4 kali percubaannya menggagalkan pasukan untuk meemiliki jaringan,

    Taktikal yang sangat membosankan dan sangat keanakkan,kenapa jurulatih yang bertanggungjawab mengeluarkan Abdul Hafeez,sedangkan pemain tersebut begitu cemerlang berbanding Purovic,kalau diberi pilihan pada perlawanan tersebut saya akan mengeluarkan Purovic dan meletakkan Abdul Hafeez dihadapan dan memasukkan Norhakim Isa di permulaan pertukaran pemain,tetapi disebaliknya yang terjadi. Norhakim Isa hanya mampu beraksi tidak sampai seminit tapi mampu melakukan satu gerakan yang merbahaya,andai dia dapat beraksi dengan lebih awal mungkin pasukan mampu meraih kejayaan.

    Kapten pasukan Nasir juga gagal melaksanakan tugasan sebagai pemain tengah dengan baik seringkali melakukan gerakan yang merapu menyebabkan pergerakan sia sia terjadi.....

    Likes(3)Dislikes(0)
  3. chuck

    salam..bertemu sarawak?away+desperate=gusar.. walaupun sarawak kehilangan 2 tonggak gyepes+eldstal..xberani nak tekan besor..mayb 2-1 or 4-1...tqvm

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.