Piala Malaysia 2014 | Perak vs Terengganu (preview)

sdn pm 14

 

 

 

 

Rabu, 27 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Rata-rata penyokong tegar Perak agak berang dengan kekalahan lalu di Kuala Terengganu. Mana tidaknya, secara peribadi diperhatikan mutu permainan Perak setaraf dengan pasukan-pasukan pilihan yang lain malah adakalanya lebih baik!

Jadi, alasan yang remeh-temeh sudah tidak layak untuk Perak yang kini sudah memiliki identiti tersendiri. Sedar atau tidak, The Bos Gaurus sudah berjaya menutup mulut pengkritik tidak kiralah di laman sosial atau media massa. Kehadiran awang-awang import yang mampu memberi impak kepada pasukan banyak membantu menaikkan kualiti permainan. Ditambah dengan kemunculan nama-nama seperti Hafiz Ramdan, Ridzuan Azly dan Nor Hakim Isa, ini menambah lagi kestabilan pasukan Perak terutama untuk mencipta peluang melakukan jaringan.

Jadi tidak hairan bertalu-talu kritikan diberikan selepas tewas kepada pasukan yang pernah ditewaskan dalam Liga Super lalu. Melihat kepada kesebelasan utama sudah mendatangkan gusar kepada penyokong. Ini kerana, penyokong juga bijak menilai biarpun dikatakan cakap kosong. Tetapi, ada andaian-andaian yang dibuat benar-benar berlaku. Andaian berkenaan adalah hasil pemerhatian yang teliti dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Cuba hitung semula sejak 2012, sudah berapa kerap Perak muncul di kaca tv dipancarkan secara langsung? Adakah semuanya menonton sahaja tanpa menilai? Tahukah kita bahawa ada yang menonton sambil membuat catatan?

Misi seterusnya BALAS DENDAM! Itu tajuk utama Rabu nanti. Kemaskan barisan pertahanan, variasikan bahagian tengah dan pertajamkan jentera serangan. Corak permainan sudah tersedia diacuankan, konsistensi corak permainan dilihat semakin baik. Barisan serangan perlu lebih jitu untuk mencipta gol. Perak perlukan gol awal. Ini kerana mereka hebat dalam mempertahankan kelebihan berbanding mencari gol untuk mengejar kedudukan lawan. 3 mata di Ipoh Rabu nanti bakal meringankan beban untuk menghabiskan sisa 2 perlawanan ‘away’ selepas itu.

Perlu diingat. Terengganu cukup tajam jika berdepan peluang mencipta jaringan. Pada masa yang sama pertahanan mereka agak baik jika kena pada masanya, tetapi setakat ini mereka melepaskan gol dalam setiap perlawanan. Kesempatan harus digunakan Perak sebaiknya.

Likes(10)Dislikes(2)

5 thoughts on “Piala Malaysia 2014 | Perak vs Terengganu (preview)

  1. angahbg

    terengganu player dia mmg padu la... asyaari,zairo,nor farhan dan pasal kalah haritu penyokong tak marah sangat tapi pasal pemilihan pemain la yg kita pelik sikit... kot yer pon nak eksperimen jgn la bg main first choice bagi masuk last2 minit la... mmg saya takde ilmu bola sepak tapi dah berapa season dah prestrasi pemain "tersebut" kita boleh tengok.. kesian mmg kesian tapi ini tahap profesional.. kalo tak boleh nak terima kritikan main la liga lain bukan tahap liga super dan liga perdana sebab itu liga profesional....

    Likes(5)Dislikes(0)
  2. chuck

    salam..
    tengganu xpower manapong..kitqje yg salah mngatur strategi..kita dah buktikan dlm 2 game liga super yg lepas.mayb saingan yg berbeza.namun kesebelasan yg dturunkan juga menjadi sebab mngapa kita tewas tipis di tengganu.Namun sy pcaya Burn ad ramuan n resepi terbaik menjelang game besok.klo xsilap teman 4gol kateh kite menang besok..bye

    Likes(3)Dislikes(1)
  3. chuck

    owh yer 1 g nk tmbh,gaya penulisan cs ni dh leh bersaing dgn pengulas astro arena.klo tb1,baik g cd kita ni..bye

    Likes(3)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Lama menunggu ulasan mike Chuck. Mana menghilang mike? Terima kasih atas pujian mike. Apa-apa pun Perak ada on / off main sekarang. Jangan la diulang lagi 'datang bulan' tu. Terengganu team yang pernah kita tewaskan 'home and away'. Jangan malukan kami di Ipoh.

      Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.