Piala Malaysia 2014 | Perak vs Sarawak(preview)

sdn pm 14

 

 

 

 

Rabu, 20 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Tahun lalu, 20 Ogos 2013, Perak menewaskan Sarawak 2-1 di Ipoh dalam saingan yang sama. Adakah ini suratan atau kebetulan? Tarikh yang sama cuma tahun berbeza, adakah sejarah SETAHUN lalu bakal berulang? Perak akan melayani Skuad Bujang Senang Rabu nanti di Ipoh. Dalam kegembiraan Perak meraikan kemenangan ke atas Kedah tempohari, insiden pembakaran suar oleh penyokong-penyokong Perak bakal mengundang padah apabila PAFA berdepan kemungkinan didenda oleh FAM nanti. Justeru itu, para penyokong Perak diminta menjaga tatasusila sebagai Penyokong Setia Perak tanpa melakukan sesuatu yang telah dimaktubkan sebagai sesuatu yang dilarang ketika berada di dalam stadium.

Pertemuan dengan Sarawak bukanlah sesuatu yang menyukarkan. Ini kerana, musim ini, Perak tidak pernah mengecewakan biarpun bertemu dengan pasukan yang dikatakan pilihan, cuma nasib tidak menyebelahi Perak dan sering tewas tipis biarpun mempamerkan kualiti permainan yang bermutu tinggi. Pertembungan dua pasukan ini dianggap penting kerana kedua-duanya berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pertama lalu.

Perkhabaran dari kem Sarawak menyatakan bahawa Penyerang Import berbisa mereka iaitu Salibasic sudah siap sedia untuk diturunkan selepas lama diketepikan akibat kecederaan. Ini bakal menambah kekuatan mereka. Tetapi, ini sedikit pun tidak mendatangkan gentar kepada The Bos Gaurus seperti yang dikatakan oleh Pengurus Perak Dato’ Azhar bahawa Perak akan bermain bermati-matian demi maruah Perak. Katanya lagi, kali ini tidak mustahil Perak akan pergi jauh dengan syarat semua pemain harus berdisiplin disamping berdoa. Beliau menambah lagi, siapa pun yang Sarawak turunkan, Perak tetap akan bermain seperti biasa kerana Perak juga memiliki pemain yang setanding dengan pemain-pemain lawan, justeru Dato’ Azhar menuntut sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada The Bos Gaurus daripada penyokong-penyokong Perak.

Menyingkap kembali perlawanan musim lalu, Perak menewaskan Sarawak 2-1 pada 20 Ogos 2013 hasil dua jaringan Paolo Rangel, manakala gol tunggal Sarawak di jaringkan oleh Joseph Kalang Tie. Segalanya tampak berbeza untuk musim ini buat Perak, tetapi bagi Sarawak tiada terlalu perubahan jika dilihat dari sudut barisan pemain. Antara kekuatan Sarawak adalah kepantasan barisan tengah dan sayapnya. Jika Perak berjaya mengimbangi kekuatan di bahagian-bahagian ini, tidak mustahil Sarawak terpaksa berhempas pulas untuk mencari jaringan di Ipoh.

Perak perlu mengekalkan rentak permainan seperti sebelumnya dan menggabungkan tenaga muda dengan senior. Kehadiran dua sayap lincah muda iaitu Hafiz Ramdan dan Ridzuan Azly Husam memberi impak yang baik ke atas keberkesanan barisan serangan. Kedua-dua pemain ini dilihat berani mencipta gerakan solo bersama bola tanpa memikirkan siapa lawan mereka. Barisan tengah pula perlu ditambah dengan anak muda yang berjiwa besar seperti Norhakim Isa yang tidak jemu-jemu mencuba dari segenap ruang untuk lolos ke dalam kubu pertahanan lawan. Kerajinan beliau boleh juga di gunakan untuk membantu memantapkan barisan tengah Perak.

Mahu atau tidak, Rabu nanti bakal menjadi penentu masa depan Perak dalam saingan Piala Malaysia 2014. Tewas bermakna menempah laluan berliku buat Perak. Menang, bakal membuka lembaran baharu dan bersiap sedia untuk menghabiskan misi ini dengan jayanya tanpa tekanan dan tanpa menantikan keputusan perlawanan lain dalam kumpulan.

Likes(12)Dislikes(4)
This entry was posted in Liga Super 2014, Umum and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Piala Malaysia 2014 | Perak vs Sarawak(preview)

  1. haemo

    tahniah diucapkan kpd pasukan Perak di atas kemenangan pd perlawanan pertama piala malaysia..teruskan rentak kemenangan di tempat sendiri menentang sarawak pulak..teman sbg penyokong dan peminat memuji sikap sekumpulan penyokong yang mengadakan protes "Save For Gaza" tempoh hari..tetapi teman rasa terkilan ckit dengan sikap sekumpulan penyokong yang membakar suar di stadium hingga menjejaskan pandangan di tv..bukan ke telah dinasihatkan tidak dibenarkan membakar suar ketika perlawanan..adakah anda rasa diri anda hebat sgt hingga anda boleh melanggar peraturan..kikis la sikap "ahh..bukan kitorang yang kene bayor denda pun..persatuan yang kene..lantok le deme."kalau rope tu mind set kome..harap lpas ni x payah bg sokongan la..
    teman x dpt ke stadium mlm tu sbb kampung teman hujan lebat..igt dapt le tgk bola kt depan tv dgn aman.ropenye kabur juge..harap perlawanan lepas ni sudah2 la bako suar tu..gune handphone pasang light camera sambil menyanyi pun cantik ape...SEMOGA PERAK BEROLEH KEMENANGAN YANG KEDUA MENENTANG SARAWAK...

    Likes(5)Dislikes(3)

Comments are closed.