Piala Malaysia 2014 | Perak vs Sarawak (result)

sdn pm 14

Rabu, 20 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 0 Sarawak

Sejarah ternyata berulang untuk kedua kalinya. Tetapi kali ini Perak semakin kejam dengan tidak membenarkan walau satu gol untuk dibawa pulang oleh pelawat.

Biarpun Perak memulakan permainan dengan tempo yang agak perlahan namun begitu selepas 20 minit, Perak berjaya mendapatkan rentak untuk menyusun gerakan-gerakan merbahaya ke muka gol Sarawak.

Gol sulung Perak hadir di minit ke 45, menerusi gerakan hantaran pantas berpunca daripada Abdulafees yang kemudian dilorongkan kepada Tulio dan seterusnya Nasir Basharuddin tidak mensia-siakan cut back oleh Tulio dengan meledakkan rembatan leret menerjah penjuru kiri gol lawan.

Sarawak yang hadir untuk mencari 3 mata seterusnya dilihat sekali sekala mengatur asakan tetapi sebaliknya, Perak berjaya mengukuhkan kedudukan dengan jaringan gol kedua diminit ke 50, yang berpunca daripada gerakan menarik, yang menyaksikan Milan Purovic berjaya melepasi pertahanan lawan dan menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi setelah melorongkan bola kepada Abdulafees Abdussalam biarpun peluang untuknya menjaringkan gol terbuka luas.

Selepas itu, Perak mula memperlahankan rentak permainan yang menyaksikan Sarawak menyerang kubu Perak untuk mencari gol. Tetapi, selepas kemasukan Partiban Paloteli dan Shukri Hamid, sekali sekala menghadirkan peluang untuk menambah jaringan. Ridzuan Azly Husam, satu nama yang bakal menyinar selepas ini jika mengekalkan corak permainan sedia ada. Beliau memiliki banyak peluang tetapi malangnya gagal diterjemahkan dengan jaringan. Jelas, impak pemain muda cukup memberi kesan ke atas prestasi pasukan.

Razi Effendi Suhit, seorang lagi yang perlu diberi pujian. Beliau mempamerkan peningkatan berbanding perlawanan lalu. Banyak percubaan lawan ditangkis dengan sempurna dan membuatkan Sarawak berputih mata tanpa sebarang jaringan di Ipoh. Beliau perlu konsisten dalam setiap perlawanan selepas ini kerana beliau adalah nadi semangat pasukan.

Likes(17)Dislikes(1)

One thought on “Piala Malaysia 2014 | Perak vs Sarawak (result)

  1. Jaji

    Pemain terbaik Pasukan Perak malam tu tak lain daripada Razi Afendy Suhit. Beliau begitu cemerlang menangkis segala cubaan Sarawak pada malam itu. Tanpa peranan meyakinkan yang ditunjukkan oleh beliau, sudah barang tentu Perak akan berputih mata malam tu. Tidak kurang daripada tiga keadaan wajib gol oleh Pasukan Sarawak yang dinafikan oleh penjaga gol kita. Diharapkan beliau akan dapat mengekalkan rentak crmerlang seperti itu dan tidak akan sesekali tenggelam kerana mendapat banyak pujian.

    Likes(2)Dislikes(0)

Comments are closed.