Piala Malaysia 2014 | Perak vs Kedah (result)

sdn pm 14

 

 

 

 

Khamis, 14 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 1 Kedah

Seperti dijangka, Perak berjaya menebus kekalahan musim dengan kemenangan 2-1 ke atas Kedah. Musim lalu, Perak tewas 0-1 di Ipoh dalam saingan yang sama.

Perak membuka jaringan seawal minit ke 9 apabila Milan Purovic dengan bijak menyudahkan lorongan Abdulafees Abdussalam menewaskan pertahanan terakhir Kedah. Perak yang beraksi baik dengan malancarkan beberapa gerakan menarik yang dijana oleh Tulio dan Nasir Basharuddin. Selain itu, Perak kerap mengancam pertahanan Kedah melalui gerakan sayap yang cukup berkesan. Kehadiran Hafiz Ramdan dan Ridzuan Azly Husam mencetuskan kegusaran kepada pertahanan kiri dan kanan lawan.

Biarpun Kedah berjaya menyamakan kedudukan pada suatu ketika, tetapi itu tidak mematahkan semangat juang Perak untuk memburu jaringan kemenangan. Babak kedua, permainan tampak seimbang namun, Kedah yang dihidangkan beberapa peluang gagal memanfaatkan peluang tersebut, sebaliknya di minit ke 51, Hafiz Ramdan mencuri tumpuan apabila meledakkan gol kedua Perak hasil hantaran bijak Milan Purovic.

Secara keseluruhannya, Perak beraksi baik, namun barisan pertahanan Perak perlu lebih konsisten ketika beraksi. Prestasi Razi Effendi Suhit juga mula dipertikaikan apabila beliau kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang menyakitkan hati. Benar, ianya tiada memberi kesan dalam perlawanan ini, tetapi perkara ini perlu dipandang serius sebelum perkara yang lebih besar terjadi.

Selepas ini, Perak perlu menang dengan Sarawak dan menang di Kuala Terengganu untuk mengukuhkan kedudukan dan mencapai sasaran mara ke suku akhir tanpa sebarang masalah.

Likes(6)Dislikes(1)
This entry was posted in Piala Malaysia 2014 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Piala Malaysia 2014 | Perak vs Kedah (result)

  1. belanak

    Syukur alhamdulillah dan tahniah buat semua... Permainan yg menarik dan jika ia berterusan begini, insyaAllah ke Suku Akhir...

    Peluang yang ada jangn dipersiakan dan jangan pula alpa serta lupa diri... Namun begitu, kita jangan cepat gembira dengan keadaan sekarang.. Takut nanti kita ditipu lagi! Tipah tertipu lagi!... Tipah tertipu bang... Tipah tertipu...

    All da best and semoga sinar emas nan terus bersinar...

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Seandainya padang dalam keaddaan kering malam tu, sudah pasti kita akan disajikan dengan permainan yang lebih menarik dan kemas dengan hantaran-hantaran yang lebih tersusun dan berkesan. Diharapkan permainan yang lebih menarik akan dipamerkan oleh anak-anak buah Burn ketika menanti kunjungan Sarawak pada 20 Ogos nanti. Dan pada malam itu didoakan agar padang dalam keadaan kering dan tiada hujan. Sepertimana yang telah teman katakan sebelum ini, Perak seharusnya mengambil kesempatan dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan di tempat sendri dan satu seri di tempat lawan. Dengan demikian, Perak akan memungut 10 mata bagi melayakkan bertanding di peringkat suku akhir, Amin!!

    Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.