Piala Presiden 2014 | Pahang vs Perak | Final (preview)

Logo-Piala-Presiden

 

 

 

 

Isnin, 23 Jun 2014
8.45 Malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Astro Arena 801

Saban tahun, kita disajikan dengan kecemerlangan anak-anak muda Perak yang pasti akan beraksi di perlawanan akhir Piala Presiden. Musim 2014, sekali lagi Perak membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik di antara yang terbaik untuk menjadi bakal juara berdepan Pahang di Kuantan malam ini.

Ternyata, siapa juga Jurulatih pasti Perak akan cemerlang dalam saingan Piala Presiden. Kenapa? Dan kenapa juga ini tidak berlaku kepada pasukan utama Perak dalam Liga Super?

Dikatakan, musim ini paling tragis untuk pasukan senior Perak. Mana tidaknya, mereka terpaksa memperjudikan nasib sehingga ke perlawanan terakhir untuk menentukan hidup mati dalam Liga Super.Apakah ini wajah sebenar bolasepak di negeri Perak?

Lain ceritanya pasukan pelapis Perak. Mereka anak-anak muda yang ikhlas bermain demi memartabatkan nama Perak ke persada bolasepak seantero Malaysia. Mutu permainan yang terbaik dipamerkan sehinggakan pasukan-pasukan lain setaraf dengannya dilihat agak ‘low class’ dan tidak setanding dengan Skuad Piala Presiden Perak. Bukan sahaja dari segi corak permainan, malam mutu kemahiran individu dan kesungguhan mereka cukup berbeza dengan yang seusia dengan mereka.

Makanya, inilah prospek terbaik yang perlu digembeling agar menjadi aset bernilai yang akan menjulang kembali nama Perak setanding dengan pasukan-pasukan handalan lain dalam Liga Malaysia.

Pertemuan dengan Pahang dilihat bukanlah sesuatu yang sukar kerana Perak telah membuktikannya dalam SUKMA sebelum ini. Semua lawan mereka dihenyak dan ditewaskan dengan pelbagai cara. Tidak mustahil untuk Skuad Muda ini mengulangi kecemerlangan mereka dalam aksi Final malam nanti.

Selamat berjuang Seladang Muda!

Likes(5)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Presiden 2014 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Piala Presiden 2014 | Pahang vs Perak | Final (preview)

Comments are closed.