Liga Super 2014 | Sime Darby vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 14 Jun 2014
8:45 malam
Stadium MPS, Selayang

KEDUDUKAN LIGA

Kemenangan selepas kemenangan, melonjak dan terus melonjak dari satu tangga ke satu anak tangga mendaki kembali selepas tersungkur ke lembah liga. Karl Heinz Weigang kini sedang mengotakan janji beliau kepada penyokong Perak, bahawa Perak tidak akan tersungkur ke Liga Perdana 2015. Sejauh mana janjinya itu dikotakan? Adakah mampu diteruskan di Selayang 14 Jun nanti?

Untuk pengetahuan semua, Sime Darby adalah sebuah pasukan yang cukup sempurna di semua bahagian. Mereka juga memiliki pengurusan antara yang terbaik di Malaysia ketika ini. Barisan kejurulatihan yang mantap dan pemain-pemain yang berkarisma untuk memberi yang terbaik dalam setiap perlawanan. Kini mereka sedang giat memburu kedudukan terbaik, kerana mereka masih berpeluang untuk melonjak sekurang-kurangnya naik hingga tangga ke 5 liga sekiranya berjaya mendapatkan 3 mata nanti sambil mengharapkan Lions XII dan Kelantan gagal meraih sebarang mata.

Sime Darby ketika ini juga dalam keadaan yang kurang memuaskan apabila mereka diaibkan JDT 0-3 di Larkin tempohari. Ini bukanlah wajah sebenar Sime Darby kerana mereka lazimnya akan berhempas pulas dalam setiap perlawanan untuk menyukarkan pihak lawan untuk mendapatkan jaringan. Di Ipoh, mereka berjaya memalukan Perak dengan jaringan 2-0. Manakala rekod-rekod pertemuan sebelum ini menyaksikan Perak berjaya menang 2 daripada 4 perlawanan, satu kali seri dan sekali tewas di tangan Sime Darby.

Lain pula keadaan di kem Perak ketika ini. Segalanya berubah selepas Lagenda Perak Karl Heinz Weigang hadir dalam pasukan sebagai Penasihat Teknikal bergandingan bersama Abu Bakar Fadzim. Selepas menewaskan Terengganu di tempat lawan, Sarawak menjadi mangsa di Ipoh dan selepas itu Perak membelasah PKNS di Shah Alam dalam aksi lalu, kini kecemerlangan bakal diteruskan di Selayang 14 Jun 2014 nanti. Keupayaan pemain tempatan dan kebolehan pemain-pemain import dilihat sebagai adunan yang cukup menjadi setakat ini. Kelibat Nor Hakim Isa, Ridzuan Azly Husam, Nasir Basharuddin dan Hafiz Ramdan sudah menjadi biasa kepada penyokong-penyokong Perak. Mereka ini sering sahaja mencetuskan impak dalam corak permainan mereka setiap kali beraksi. Kecuali, Nasir Basharuddin yang kurang konsisten dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Beliau perlu lebih fokus dan cuba mengekalkan konsistensi dalam setiap perlawanan.

Kehadiran Marco Tulio dan Milan Purovic dalam pasukan Perak mengubah corak serangan pasukan Perak. Benar, mereka berdua asalnya pemain tengah tetapi mampu untuk beraksi sebagai peledak utama pada satu-satu masa. Tulio, telah membuktikan bahawa beliau adalah antara pemain tengah menyerang (attacking midfield) yang terbaik. Dalam perlawanan lalu, beliau menunjukkan keserasian yang baik dengan semua pemain. Beliau dilihat seolah-olah ‘raja’ di tengah padang mengatur dan mencatur pergerakan bola. Selain itu, beliau juga memiliki mutu sepakan yang cukup baik terutama dalam keadaan ‘death ball situation’.

Abdelafees Abdussalam. Antara pemain yang dilihat agak menurun pretasinya sejak akhir-akhir ini. Beliau agak tenggelam ketika beraksi. Ini kerana, beliau dilihat seolah-olah tiada visi untuk menggerakkan serangan. Selain itu, beliau juga dilihat agak santai dan bersahaja biarpun berkebolehan melakukan rembatan dengan baik. Pihak pengurusan perlu menilai semula pemain ini agar tidak menjadi bahan ketawa seperti yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

Likes(2)Dislikes(4)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2014 | Sime Darby vs Perak (preview)

  1. Jaji

    Abdelafees Abdussalam ni teman peratikan ada yang tak kena dengan pihak Pengurusan. Masa dia mula-mula bermain untuk Perak sebelum ini, sama ada dalam perlawanan persahabatan mahupun dalam perlawanan sebenar, dia kelihatan berkalibar, aktif, pandai mengelecek hatta menjaringkan gol sekalipun. Tapi kini semuanya itu tiada lagi. Nasib baik le para pemain muda Perak pulak yang lebih menyerlah. Mereka ini walaupun dijatuhkan oleh lawan tetapi tetap bangun semula dan meneruskan larian tanpa mengharapkan tendangan percuma diberikan oleh pengadil. Sikap beginilah yang diharapkan ada dalam setiap jiwa pemain.

    Likes(1)Dislikes(0)
    1. ihsan

      kwn ku, sebab sekarang ni target man adalah purovic..perak bermain seorang penyerang tunggal...kecuali jika purovic off form, sudah pasti abdulafees akan bermain sebagai penyerang tunggal..perak bukan bergantung kepada seorang pemain..perak bermain sebagai satu unit yg jitu.. buktinya marco tulio 3 gol, hakim 3 gol, abdulafees 2 gol, purovic 2 gol...kerjasama berpasukan punca utama ..perak akan berusaha melakukan nya sekali lagi...

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. ihsan

      kwn ku, sebab sekarang ni target man adalah purovic..perak bermain seorang penyerang tunggal...kecuali jika purovic off form, sudah pasti abdulafees akan bermain sebagai penyerang tunggal..jadi, tak nampak sgt peranan abdulafees..kalau la dpt turun 4 import..hehehe........ perak bukan bergantung kepada seorang pemain..perak bermain sebagai satu unit yg jitu.. buktinya marco tulio 3 gol, hakim 3 gol, abdulafees 2 gol, purovic 2 gol...kerjasama berpasukan punca utama ..perak akan berusaha melakukan nya sekali lagi...

      Likes(1)Dislikes(0)

Comments are closed.