Liga Super 2014 | PKNS vs Perak (Result)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 10 Jun 2014
Stadium Shah Alam
8:45 Malam

PKNS 1 – 3 Perak

Perak melakarkan kemenangan bergaya menundukkan Selangor PKNS 3-1 di Shah Alam semalam. Gol pertama Perak hadir seawal minit ke 6 apabila Norhakim Isa meledakkan rembatan kencang dari jarak lebih kurang 25 meter menewaskan Ramezey Che Ros penjaga gol PKNS.

Selepas itu, lebih kurang 10 minit kemudian, giliran Hassan Daher pula mencipta nama sebagai penjaring apabila meledakkan sepakan percuma dengan rembatan leret dari jarak 30 meter mengelirukan benteng PKNS untuk gol kedua Perak. Setelah mendahului 2-0, Perak memilih untuk bermain secara ‘casual’ dan bersahaja sekali gus dihukum dengan gol oleh PKNS untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-1.

Babak kedua, Perak kembali mengasak untuk menambah jaringan. Minit ke 63, Ridzuan Azly Husam berjaya memperdaya sekurang-kurang 3 pemain PKNS sebelum melakukan hantaran silang ke dalam kawasan gol PKNS dan mudah ditampan masuk oleh Milan Purovic untuk gol ketiga Perak.

Secara keseluruhannya, Perak bermain dengan baik untuk mendapatkan 3 mata. Tetapi, agak mengecewakan apabila beberapa peluang terhidang gagal disudahkan hanya kerana sikap sambil lewa pemain. Jika tidak, Perak akan pulang ke Ipoh dengan jaringan gol yang lebih banyak. Kemasukan Abdulafees Abdusalam dilihat kurang memberi impak terhadap barisan serangan. Beliau dilihat tidak mempunyai visi yang mantap sebelum dan selepas mendapat bola. Berbeza dengan Tulio yang menguasai bola dan kawasan tengah dengan baik.

Likes(9)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2014 | PKNS vs Perak (Result)

  1. YB

    Kalau ikutkan peluang mmg patut menang atleast 7,8 gol. Tapi Purovic pun mandul depan gol. Apapun game byk pkns mengasak tapi deme mcm takde halatuju. Counter game perak dan thru pass ball memang bole dibanggakan. Cukup byk perubahan berlaku dlm pasukan sejak akhir2 ni. Cumanya bila import striker sorang lagi tu masuk dia dah jadi bahan lawak penonton. Dengan aksi terkinje2 dan larian yg mcm pesakit gout tegar cukup membuatkan penonton loya. Siapa lagi kalau bukan Hafezsalam. Berhadapan hanya dgn 2 defend lawan pon tak bole beat dan shot? Hantaran cukup mengelirukan lawan termasuk KAWAN!!!. Mujor dia masuk penghujung second half... klu dari awal jawabnya mmg tgk Royal London Sarkis la kita dan bukan tgk bolasepak!!!. Come on PAFA... cari calon lain yg lebih sesuai... kita takmo ada Badot dalam pasukan.. okay? Overall game memuaskan hati penonton dan teman.

    Likes(4)Dislikes(1)
  2. haemo

    tahniah skuad perak dgn kemenangan ke atas PKNS..teruskan lg momentum kemenangan dan kalau boleh jaringkan sberapa byk gol yg boleh hngga melepasi paras bolos..bior gol lbh dr bolos.teman tgk dr rangkuman video perlawanan Perak vs PKNS smlm..mmg perak boleh dpt lbh dr 5 gol n PKNS jge skurang2nye 3 gol.hakim isa tman tgk dari game ke game..permainan die dah makin mantap.no wonder la team piala presiden perak pun mantap dgn adenye midfield mcm hakim..PAFA tolong jgn lepaskn budak tu mcm kome lepaskan syamil..next season klu boleh kekalkan players yg ade..cari import yang berkualiti xde name pun xpe jnji berkualiti.kalau perak berjaya kekal dlm liga super..DOAKAN KITE DIMAKBULKAN YOB..x sia2 teman beli baju..ikikiki....

    Likes(2)Dislikes(0)

Comments are closed.