Liga Super 2014 | PKNS vs Perak (Preview)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 10 Jun 2014
8:45 Malam
Stadium Shah Alam, Selangor

“Success consists of going from failure to failure without loss of enthusiasm.”
-Winston Churchill-

Pengumuman: Warga SDN diseru untuk hadir bersama-sama untuk memberi sokongan. Butir-butir lanjut seperti berikut:

Masa: 7.30 malam
Tempat berkumpul (Luar): Pintu Masuk Penyokong Perak.
Tempat berkumpul (Dalam): Bahagian Atas tempat Penyokong Perak Bertentangan dengan garisan Tengah Padang.

Pakaian: T Shirt Pray For Perak FA atau apa sahaja baju.

Misi 3 mata bakal diteruskan di Shah Alam Selasa nanti. Selepas Liga Super berehat, ianya bakal diteruskan yang mana sebelum itu, Perak menidakkan impian 3 mata Sarawak di Ipoh 4-1. Perak dilihat kembali menemui rentak positif selepas hampir semusim melalui detik-detik yang mencabar apabila mengalami masalah yang agak kritikal di bahagian serangan.

PKNS merupakan sebuah pasukan yang agak bermasalah ketika ini. Mereka kini bergelut dengan masalah selepas ketiadaan Nazmi Faiz Mansor yang berhijrah ke Selangor awal April lalu. Sambil itu, tindakan merehatkan Wan Jamak Wan Hassan dilihat sebagai langkah yang berisiko dengan harapan prestasi mereka akan dapat dipertingkatkan.

Situasi mereka boleh dikatakan sama dengan The Bos Gaurus yang juga inginkan 3 mata. Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan menyaksikan Perak hanya menang sekali, seri 3 kali dan tewas sekali daripada 5 perlawanan. Manakala rekod Perak dilaman PKNS, Perak berjaya menang sekali dan seri sekali.

Kali terakhir PKNS menang adalah pada 14 Mac 2014 lalu apabila mereka berjaya menewaskan T-Team 3-1. Manakala dalam 5 perlawanan terakhir mereka, mereka gagal meraih sebarang kemenangan. Ini adalah peluang terbaik untuk Perak meneruskan perjuangan 3 mata mengambil kesempatan di atas apa yang dialami oleh pihak lawan nanti.

Manakala bagi pasukan Perak pula, rekod 5 perlawanan sebelum ini menampakkan kebangkitan yang agak baik apabila berjaya menang 3 perlawanan dan tewas dalam dua pertembungan. Ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada PKNS yang semestinya akan berwaspada dengan kebangkitan Perak sejak akhir-akhir ini, biarpun Perak kini berjaya keluar dari kelompok penyingkiran. Tetapi, perlu diingat bahawa beza mata antara kedua-dua pasukan hanyalah 2 mata. Tewas bermakna Perak akan jatuh ke kelompok penyingkiran.

Tiada istilah bertahan bagi Perak dalam keadaan ini. Pengendali Perak yang diketuai Abu Bakar Fadzim dan Weigang sebagai penasihat teknikal semestinya merencana untuk menyerang habis-habisan kubu PKNS nanti. Keciciran mata harus dielakkan untuk melihat Perak terus beraksi dalam Liga Super musim hadapan.

Likes(5)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2014 | PKNS vs Perak (Preview)

  1. YB

    Moh kome kita ke stadium shah alam, jumpa tempat biasa dan jgn lupa baju Pray For Perak FA. Harapan nak tgk kemenangan berjaya dicapai demi mengelak terjerombam ke liga perdana.

    Likes(7)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Teman tertarik dengan cara penulisan Saudara Shidi dalam portal di atas. Teman yakin saudara Shidi semestinya mengarang terlebih dahulu di tempat lain yang kemudiannya diedit dan diperbaiki di mana perlu. Bermakna beliau tidak menyediakan artikelnya itu secara 'direct'. Syabas saudara. Mike berpotensi untuk pergi jauh mungkin dalam wadah yang berbeza.

    Berbalik kepada topik asal, teman rasa para pemain Perak telahpun sedia faham akan peranan masing-masing dalam misi dan usaha untuk keluar dari zon penyingkiran dan berada di kedudukan yang selamat. The most pun Perak boleh berada di kedudukan ke-6 sahaja. Tak apa janji kekal dalam Liga Super pada tahun hadapan.

    Untuk berlatih di KL selama seminggu lebih kurang memerlukan perbelanjaan yang besar berbanding jika hanya berlatih di Ipoh sahaja. Ini bermakna pihak pengurusan telah melakukan apa yang perlu dan terpulanglah kepada para pemain sendiri untuk 'membalas' balik budi tersebut.

    Seandainya Perak menang dalam kedua-dua pertemuan dengan PKNS pada 10 Jun dan bertemu Sime Darby pada 14 Jun, sudah barang tentu pihak Astro akan menyiarkan secara langsung ketika Perak menerima kunjungan T. Team pada 17 Jun di Ipoh yang dijangkakan Perak akan bermain dalam keadaan stadium yang kosong.

    Teman rasa semangat pemain-pemain Perak kini sedang berkobar-kobar dan bersemangat tinggi untuk mengekalkan rekod satu-satunya pasukan yang tak pernah bermain di Liga Perdana.

    Likes(1)Dislikes(0)
  3. haemo

    Berdasarkan prestasi terkini skuad TBG tiada masalah mengalahkan PKNS yang sedang mengalami kemerosotan prestasi.namun skuad PKNS yang kini dengan taktikal yang baru hasil dari pertukaran jurulatih yang sebelum ni dikendali oleh wan jamak wan hassan kini di ambil alih oleh anuar abu bakar boleh menggugat semangat skuad TBG yang boleh dikatakn masih segar dengan kemenangan besar musim ni mengalahkan sarawak 4-1.PRAY FOR PERAK F.A
    barisan pilihan teman
    Razi -
    idris, hassan, syazwan, azmeer -
    nasir, marco, ridzuan, hafiz ramdan -
    milan, hakim isa.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.