Liga Super 2014 | Perak vs Pahang (result)

Astro Liga Super 2013

Rabu, 25 Jun 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 3 – 0 Pahang

Perak menyelamatkan diri dari lembah penyingkiran ke Liga Premier apabila berjaya menumbangkan Pahang dengan keputusan 3 gol tanpa balas pada perlawanan terakhir Liga Super 2014. Dua Gol Milan Purovic minit ke 20 hasil sepakan penalti dan 3 minit berselang melalui tandukan hasil hantaran Tuah Iskandar pada separuh pertama permainan.

Bersambung pada babak kedua, Perak terus menggandakan asakan dan hasilnya gol ketiga hasil jaringan Hafiz Salam hasil lorongan Milan Purovic pada minit ke 68. Secara keseluruhan permainan pasukan Pahang tidaklah seperti kebiasaan dan corak permainan mereka hambar dan tidak bersungguh-sungguh.

Apapun tahniah kepada pasukan Perak kerana berjaya mengekalkan rekod sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah turun atau bermain di dalam Liga Premier sepanjang era bolasepak Profesional ini diperkenalkan di Malaysia.

Likes(21)Dislikes(2)

One thought on “Liga Super 2014 | Perak vs Pahang (result)

Comments are closed.