Liga Super 2014 | Lions XII vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 21 Jun 2014
Stadium Jalan Besar, Singapura
7:45 Malam

Lions XII 0 – 2 Perak

Perak berjaya menjinakkan Lions XII di laman keramat mereka yang juga rekod tersendiri bagi Perak. Gol Perak terhasil seawal minit ke 17 hasil jaringan Abdulafees Abdussalam. Corak permainan yang berbeza dipamerkan berbanding ketika tewas kepada Sime Darby tempohari 4-0.

Ternyata pasukan Perak ibarat ‘tepian pantai yang sering berubah mengikut pukulan air laut’. Mula terfikir, apakah yang difikirkan oleh setiap pemain Perak. Di Selayang tempohari Perak mempamerkan mutu permainan yang terburuk dan tiada ‘urgency’ di semua posisi oleh semua 11 pemain.

Berbeza yang dipamerkan ketika melayani kerenah Lions XII yang dikatakan kebal di Jalan Besar. Pemain-pemain berdisiplin disetiap posisi dan menjalankan tugas dengan baik sekali. Gol kedua Perak terhasil di minit ke 63 hasil jaringan Milan Purovic. Dua gol itu sudah cukup untuk mata ke 23 Perak yang kini berkongsi mata yang sama dengan ATM dan T-Team.

Mahu atau tidak, Rabu nanti, Perak WAJIB menang dengan Pahang. Jika tidak, Perak akan merasa bermain pada hari Jumaat dan Ahad yang tidak beri peluang langsung untuk disiarkan secara langsung di TV. Selamat Datang ke Liga Perdana 2015.

Likes(5)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.