Liga Super 2014 | Perak vs Sarawak (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 23 Mei 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 4 – 1 Sarawak

Perak kembali berada di landasan untuk menyelamatkan diri dari lembah penyingkiran. Siapa sangka, The Bos Gaurus berjaya mencetak lebih daripada 3 gol. Sekali gus, ini merupakan kemenangan paling manis sepanjang musim dengan jumlah gol yang banyak.

Dua Gol daripada Marco Tulio sudah cukup[ menceritakan hari terbaik Perak. Dua gol lagi adalah sumbangan Milan Purovic dan Norhakim Isa.

Selepas minggu lalu Perak hilang punca tenggelam dalam kebangkitan Kelantan, malam tadi Sarawak yang sebelum ini menjadi pilihan ramai penggemar bolasepak tempatan, tersungkur secara tiba-tiba sekali gus membalas dendam atas kekalahan 1-6 di Kuching musim lalu tetapi dalam saingan Piala Malaysia 2013.

Kembalinya Hardi Jaafar di jentera tengah dan pertahanan Import Hasan Daher sedikit memberi kesan apabila mencetuskan sesuatu yang berbeza.

Likes(13)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Sarawak (result)

  1. haemo

    InsyAllah kalau dpt kekalkan konsisten permainan mcm lawan sarawak aritu..stadium tnpa penyokong pun Perak boleh menang..PRAY 4 PERAK F.A..

    Likes(2)Dislikes(0)

Comments are closed.