Liga Super 2014 | Perak vs Sarawak (preview)

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 23 Mei 2014
8:45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

“To see victory only when it is within the ken of the common herd is not the acme of excellence.”

-Sun Tzu-

Jika dalam perlawanan lalu, Perak dihampakan Kelantan di Kota Bahru biarpun sebelum itu bangkit menewaskan ATM di Ipoh. Sarawak, bukan calang-calang lawan kerana mereka kini dilabelkan sebagai antara pesaing terhebat. Tetapi, percaya atau tidak, Sarawak kali terakhir menang di Ipoh adalah pada 28 April 2001. Sila rujuk rekod:

20 Ogos 2013 | Perak 2-1 Sarawak (Piala Malaysia)

08 Feb 2012 | Perak 2-1 Sarawak (Liga Super)
01 Jan 2008 | Perak 5-0 Sarawak (Liga Super)
16 Dis 2006 | Perak 2-1 Sarawak (Liga Super)
12 Jun 2004 | Perak 2-1 Sarawak (Liga Super)
22 Feb 2003 | Perak 4-2 Sarawak (Liga Super)
08 Jun 2002 | Perak 1-1 Sarawak (Liga Super)
28 Apr 2001 | Perak 1-2 Sarawak (Liga Super)
06 Mei 2000 | Perak 0-0 Sarawak (Liga Super)

Ringkasnya, kekuatan pasukan Sarawak kini adalah lebih kurang sama dengan pasukan Kelantan. Jika dilihat dicarta, kini mereka berkongsi mata, cuma berbeza jumlah jaringan. Ketajaman jentera serangan mereka perlu dikekang, dengan menyekat atau mematikan jentera tengah yang dikemudi oleh Junior Eldstal, sambil kredibiliti ketua pasukan mereka yang cukup berpengalaman, iaitu Joseph Kalang Tee.

Percayalah, Jumaat nanti, Sarawak bakal berdepan kesukaran sekiranya Perak dapat menemui semula rentak mereka. Kehadiran semula beberapa pemain utama selepas bebas daripada kecederaan melegakan skuad Perak. Antaranya, Hasan Daher, Hardi Jaafar dan Razali Umar Kandasamy. Kelibat Razali Umar pasti ditunggu oleh penyokong yang ingin melihat The Tornado kembali menyengat biarpun agak tenggalam sejak beberapa musim ini.

Dengan kehadiran semula Weigang yang dilihat banyak memberi buah fikiran, diharap dapat diserap dengan baik demi kebaikan bersama untuk jangka masa yang panjang.

Likes(6)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.