Liga Super 2014 | Perak vs ATM (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 9 Mei 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 ATM

Langkah kanan. Itu ayat yang sesuai untuk Perak semalam. Ketumpulan serangan mungkin tinggal kenangan selepas ini. Diharap prestasi sebegini diteruskan dalam baki saingan yang ada ini. Kegagalan mengutip 3 mata selepas ini akan mendekatkan Perak kepada Zon Penyingkiran.

Mungkin, kehadiran Weigang selaku Pengarah Teknikal PAFA yang baharu menghadirkan idea-idea bernas seolah-olah mendapat nafas baharu selepas kebuntuan mata.

Perak terlebih dahulu di depan, di minit ke 39 apabila Abdulafees Abdulsalam menyudahkan situasi kelam kabut di hadapan gawang ATM dengan gol pertama.

Seperti biasa, Perak mempamerkan penguasaan bola yang baik. Bezanya kali ini, barisan serangan mula menemui sentuhan. Minit ke 85, Abdulafees Abdulsalam sekali lagi meledakkan jaringan Perak selesa dengan 2-0.

Namun begitu, Juan Manuel Arostegui berjaya merapatkan jurang gol selepas menyempurnakan sepakan percuma tetapi sudah terlewat untuk memburu gol penyamaan.

Likes(13)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs ATM (result)

  1. Jaji

    Secara umumnya pasukan Perak bermain baik malam tadi dengan hantaran-hantaran kemas dan jarang membuat kesilapan. Mereka juga jarang membuat hantaran jauh atau melambungkan bola yang ternyata merugikan pasukan. Jika keadaan padang kering, teman percaya para penyokong akan lebih terhibur menyaksikan pasukan kesayangan mereka memperagakan gaya permainan yang berkualiti.

    Saya agak berasa hairan juga dengan cara permainan penyerang import kita, Purovic itu. Beliau sering mensia-siakan peluang di depan pintu gol yang pada hemat saya bola itu wajib dijaringkan oleh beliau ke gawang tetapi gagal berbuat demikian. Pada masa yang sama, beliau juga tidak menunggu bola di tempat yang sesuai dan sukar bagi pemain Perak untuk melorongkan bola kepadanya.

    Seperkara lagi. saya tertaik dengan tektikal yang dilakukan oleh Burn yang berpadu idea dengan Weigan di mana saya perhatilan pada separuh masa pertama, Abdul Salam diletakkan bermain sebagai wing tetapi pada separuh masa kedua dia bertindak selaku peledak. Ini ternyata mengelirukan pihak lawan.

    Sebenarnya pasukan ATM malam itu bermain dengan baik, kemas dan berbahaya. Akan tetapi Perak bermain lebih setingkat baiknya jika dibandingkan dengan ATM. Sebab itukah Perak berjaya mengatasi mereka. Sebelum ini ATM mengharapkan Marlon sahaja untuk membuat gol, tetapi kali ini, semua pemainnya boleh menjaringkan gol.

    Likes(5)Dislikes(0)
  2. haemo

    lpas ni boleh le teman ke stadium lagi sbb corak permainan deme dah berubah..seronok le cikit..dah xde rope game msspk kinta 1..walupun main dalam hujan lebat n padang pun licin..tp deme bleh control game..dah tak byk hantaran merapu..marco tulio,hakim isa n abdul afees byk mengkucar kacirkan defend ATM.Milan Purovic perlu ditegur sbb permainan die tak seperti pemain import..mmg die x bermnat nak main atau pun mmg rope itu gayenye ntah la..tp kalu rope itu gayenye..elok la bg jali je main lpas ni..sekurangnye 3 peluang yg boleh dijadikan gol tp disiakan purovic..defend teman rase perlu ade hasan.goyang jgak bile negro ATM dapt lpas masuk dr tengah..smpai injured razi..nak selamatkan bola tu dr gol..

    Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.