Liga Super 2014 | Kelantan vs Perak (result)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu, 17 Mei 2014
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru
8:45 Malam

Kelantan 2 – 1 Perak

Perak gagal memperbaiki kedudukan dan kembali terperosok ke dasar liga, apabila pasukan ATM berjaya mendapatkan 3 mata menewaskan T-Team di Selayang.

Kelantan yang bermain baik mengotakan janji mereka untuk bermain sebaik mungkin menidakkan impian 3 mata Perak. Mereka tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama, apabila hantaran silang Brendan Gan disudahkan dengan tandukan oleh Shawky menewaskan Noor Haziq penjaga gol Perak.

Babak pertama, Perak gagal mempamerkan aksi sebenar apabila hanya membuat satu percubaan ke arah gol lawan berbanding Kelantan dengan 4 percubaan. Ternyata, gelanggang keramat Kelantan menjadi mimpi ngeri buat anak-anak buah Abu Bakar Fadzim yang nyata gugup dan hilang konsentrasi.

Di separuh masa kedua, aksi yang sedikit berbeza namun belum cukup untuk menandingi pasukan tuan rumah. Gol kedua Kelantan hadir di minit ke 77 oleh penyerang muda Khairul Izuan. Selepas itu, 5 minit berselang, Nor Hakim Isa menjaring gol untuk merapatkan jurang gol untuk Perak.

Semakin hampir Perak dengan lembah penyingkiran.

Likes(3)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2014 | Kelantan vs Perak (result)

  1. angahbg

    1.corak permainan malam ni tak seperti game di atm tempoh hari. paling jelas pertukaran hantaran antara satu sama pemain tak menjadi dan seba tak kena. balik mcm biasa balik takde kesabaran nak bina serangan
    2.Saya juga tak suka gandingan Nasir dan Marcos Tulio di tengah sebab kedua2 pemain ni tak begitu kreatif Hakim Isa lebih sesuai di tengah berbanding di tepi kerana gaya gelicikannya tidak sesuai sbg seorang winger
    3. kalo perasan game tadi defend yang cuba main peranan untuk bukak gameplay... midfield tak function langung sampai la Ridzuan Azly masuk baru nampak ada serangan..Pada pendapat saya milan purovic tu tak ada sumbangan kecuali one two pass ngan ridzuan yg bukak peluang untuk assist..

    byk akan kata sebab tiada hardi jaafar tapi pandangan saya kelebihan hardi adalah pada pengalaman dan kebolehan dia membaca tempo game. hardi tau bile nak serang bile nak hold itu jer.. selalu bila takdi hardi perak akan main tak sabar dan hantaran pun mula merepek asalkan bola ke atas... dan kalo boleh nasir cuma perlu fokuskan untuk defensif sebab dia bukan attacking minded... hehehe bajet pro sekali-sekala.. Soalan sekarang antara hafiz ramdan,ridzuan azly dan partiban sapa lagi layak dalam kesebelasan utama

    Likes(8)Dislikes(0)

Comments are closed.