Liga Super 2014 | Kelantan vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 17 Mei 2014
8:45 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

“Success consists of going from failure to failure without loss of enthusiasm.”
-Winston Churchill-

Setelah hampir seminggu liga berehat, saingan bakal diteruskan Jumaat dan Sabtu ini. Perak yang akan ke Kota Bahru memasang impian untuk mencuri 3 mata berharga di sana nanti. Pertembungan ini cukup menarik. Ini kerana, masing-masing mahu membuktikan sesuatu selepas beberapa perubahan besar berlaku ke atas kedua-dua pasukan ini.

Dimulakan dengan Kelantan. Sebuah pasukan yang pernah bergelar Juara untuk beberapa piala sebelum ini, memiliki kekuatan tersendiri, tetapi agak suram sejak dua menjak ini dan kini mereka dalam usaha untuk memulih reputasi dan prestasi semasa selepas berjaya mendapatkan penyerang baharu Prince Togoe dan jurulatih baharu Goerge Boateng.

Kedua-dua faktor ‘yang baharu’ ini semestinya mahu membuktikan sesuatu kepada majikan mereka. Perak mungkin berdepan tugas sukar untuk mencari 3 mata penuh nanti. Tetapi, bersandarkan rekod lalu, Kelantan merupakan pasukan yang tewas kepada Perak di Ipoh di pusingan pertama dulu. Ditambah lagi dengan kemenangan penting bertemu ATM tempohari, kelebihan kembali seimbang dan pertembungan kedua-dua pasukan ini dijangka menarik.

Bagi Perak, kehadiran ‘semula’ Karl Heinz Weigang membuka lembaran baharu buat Perak. Sebelum ini, Perak amat sukar mencari jaringan berpunca daripada ketandusan penyerang yang berkesan. Di Kota Bahru, Weigang dengan 4 pemain Import baharu ini perlu berkerja keras untuk mengesahkan bahawa Perak di landasan yang betul untuk menyelamatkan diri dari tercebur ke lembah kehinaan. Abdulafees Abdusalam bakal menggusarkan pertahanan Kelantan dengan ketajamannya di hadapan gawang lawan, sambil Tulio bakal mengimbangi kemantapan Piya di bahagian tengah. Manakala barisan kental iaitu pertahanan Perak pula sudah bersiap sedia menghadapi serangan bertali arus penyerang baharu Kelantan itu.

Keciciran mata bermakna semakin dekat Perak dengan Liga Perdana 2015. Ini kerana, kesemua pasukan bawahan kini cuba sebaik mungkin untuk mendaki carta dab berada dalam zon yang selamat. Antara yang sudah hampir selamat adalah Sime Darby yang berjaya bangkit. Namun begitu, T-Team yang dilihat giat memperkemaskan permainan mereka dilihat boleh menjadi ancaman kepada Perak sekiranya Perak gagal mengutip mata penuh dalam setiap baki perlawanan.

Likes(8)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.