Liga Super 2014 | Terengganu vs Perak (result)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu, 19 April 2014
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 Malam

Terengganu 0 – 2 Perak

Akhirnya, Perak memecah kebuntuan jaringan gol selepas beberapa perlawanan apabila menundukkan Terengganu di hadapan penyokong sendiri dengan dua gol berbalas kosong.

Sebenarnya, tiada apa yang berubah jika dilihat kepada corak permainan. Inilah permainan Perak sejak beberapa perlawanan lalu. Bezanya, cuma terjemahkan peluang dengan jaringan gol. Pujian kepada J Partiban yang menyudahkan umpanan Milan Purovic di minit ke 29.

Menariknya malam tadi, Marco Tulio yang menjaringkan gol kedua Perak dan juga gol peribadi pertama dalam penampilan pertama beliau. Sesuatu yang istimewa yang mungkin akan beliau kenang sampai bila-bila.

Tiada apa lagi yang hendak diperbincangkan, melainkan kata-kata semangat untuk kekalkan prestasi sebegini. Hasilkan lebih banyak jaringan selepas ini tidak kira siapa lawan kita. Rasanya, ini bukan masa yang sesuai untuk terlalu gembira dan berharap. Sebaliknya, tumpukan untuk keluarkan Perak daripada zon bahaya Liga Super 2014.

Likes(15)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Liga Super 2014 | Terengganu vs Perak (result)

  1. Jasbisa

    Hardi memang kena main 1st eleven. Tapi burn silap juga kerana masih gunakan nazri kamal dan shahrizal saad. Kedua2 pemain tu tak banyak menyumbang. Sepatutnya yg masuk sbg reserve tadi ialah nor hazrul, ridzuan azli atau khairul asyraf.

    Likes(9)Dislikes(0)
  2. nuarkama

    Setuju dengan jasbisa..hardi memang banyak gerakkan jentera tengah malam ni..patut kekal 1st eleven..tolong la sign player lain ganti sharizal ngan nazri...buat pe simpan player yang tak menyerlah..? Mereka berdua dah lama dalam perak..kalau import tak perform bleh lak terminate? Ada terhutang budi ke?

    Likes(6)Dislikes(0)
    1. Ipohman

      Tgk corak pmainan dan bakat 2 player ni mmg takde prospek utk kemajuan bola sepak perak. Tu hakikat dan kenyataannye

      Likes(3)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    tapi selagi burn dan pengurusan PAFA masih macam tu, selagi tulah 2 players ni kekal dlm pasukan. tu sebabnya teman cadangkan burn ditukor dan pengurusan PAFA dirombak secara total sepertimana FAM perlu dirombak secara total.

    Likes(4)Dislikes(0)

Comments are closed.