Liga Super 2014 | Selangor vs Perak (result)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu, 12 April 2014
Stadium Shah Alam, Selangor
8:45 Malam

Selangor 1 – 0 Perak

Selangor berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan Perak untuk kesekian kalinya. Jaringan Paolo Rangel di minit ke 9 menjadi pemisah dan merupakan jaringan penting untuk Selangor bersaing merebut takhta liga.

Sukar dipercayai, tetapi itulah hakikatnya. Perak yang diramal bangkit di Shah Alam tenggelam dalam arus permainan yang amat luar biasa teruk. Benar, Perak ada ketika menguasai bola dengan baik terutama ketika Selangor bermain dengan 10 pemain hampir separuh perlawanan. Namun, Perak gagal memanfaatkan peluang untuk mencipta jaringan.

Fokus utama artikel keputusan kali ini adalah mengenai jentera tengah dan sikap segelintir pemain yang agak memalukan.

Jentera tengah seolah-olah hilang tumpuan seperti ‘baru semalam’ beraksi dalam Liga Super. Nasir Basharuddin, yang dulunya watak penting merencana pergerakan bola di tengah dilihat semakin menurun mutu permainan beliau. Sedang kita berjaya mendapatkan penyerang import yang berkualiti, barisan tengah pula gagal menyalurkan bola berkualiti kepada beliau. Abdul Salam yang berjersi no 50 semalam dilihat mencetuskan impak positif dengan kelibat beliau selaku penyerang utama.Ringkas tentang mutu permainan beliau semalam, beliau memiliki visi yang sebagai penyerang. Bijak ketika bersama bola, tenang dan berkemahiran tinggi. Selain itu, beliau dilihat kerap berbincang dengan jentera tengah untuk mendapatkan kualiti hantaran bola yang terbaik. Diyakini, sekiranya keserasian dapat ditingkatkan selepas ini, tidak mustahil corak permainan akan berubah.

Hardi Jaafar, memberi gambaran kepada barisan kejurulatihan bahawa beliau sepatutnya berada dalam kesebelasan utama. Beliau berjaya mengubah corak permainan ke arah lebih efektif terutama mencaturkan bola ke barisan hadapan di babak kedua. Zyar Win, beliau adalah individu yang cepat serasi dengan penyerang baharu Perak semalam. Beberapa gerakan berjaya dicetuskan yang hampir-hampir mengubah keputusan perlawanan.

Seterusnya tentang Raffi pertahanan muda Perak yang kerap menerima kad. Semalam, sekali lagi beliau dibuang padang gara-gara mendapat kad kuning kedua. Beliau adalah pemain Perak yang kerap menerima kad merah. Sebagai pertahanan yang profesional, beliau perlu berfikir dengan lebih matang dan menilai dengan baik sebelum bertindak. Kesan tindakan beliau mempengaruhi moral pasukan. Jurulatih perlu menilai semula mutu disiplin setiap pemain dan menasihati mereka agar lebih rasional dan matang ketika beraksi.

Para penyokong semakin kurang senang dengan prestasi semasa ketika ini. PAFA harus bertindak dengan lebih efektif untuk mengubah prestasi terburuk ini. Sebarang keputusan yang dibuat perlulah dikaji termasuk kelemahan diri sendiri untuk menjadi lebih maju.

Likes(10)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2014 | Selangor vs Perak (result)

  1. Jasbisa

    from now on, we should prepare our mind set that our team will be competing in Premier League in year 2015. It was good to our team as well as to PAFA management. Think PAFA think.. hand over to other person who can deliver and manage better.

    Likes(3)Dislikes(0)
  2. angahbg

    Perak oh perak.....
    Semalam masa tgk game pahang saya perasan ketika pemain phg mengawal bola sentiasa ada pemain lain back up. Sbb tu saya attacking pahang lancar. Tapi bile tgok game perak selalu sangkut dekat 1/3 padang pihak lawan. Lepas tu mula la buat hantaran merepek. Rasanya itu la perak boleh repair pergerakan atas padang

    Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.